PERUTUSAN PENGARAH YAYASAN SABAH/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, INNOPRISE CORPORATION SDN. BHD.

   Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

    Selamat datang ke laman web Kumpulan Yayasan Sabah.

Laman web ini berfungsi sebagai pengantara yang menghubungkan Kumpulan Yayasan Sabah dengan orang ramai selain memberi maklumat berkaitan dengan peranannya.
Adalah amat penting bagi Kumpulan Yayasan Sabah menyediakan saluran komunikasi sebegini dan kami berharap maklumat yang disediakan melalui laman web ini dapat meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai peranan organisasi ini serta bidang-bidang komersial yang dilaksanakan.
Yayasan Sabah, yang kini secara operasi dikenali sebagai Kumpulan Yayasan Sabah merupakan sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri yang ditubuhkan dengan objektif menyediakan peluang-peluang serta kemudahan pendidikan kepada rakyat Malaysia di Sabah. Selain itu, organisasi ini juga menyediakan peluang pengagihan sumber ekonomi yang saksama di kalangan rakyat negeri ini di samping memberikan bantuan kepada institusi-institusi kebajikan serta mangsa-mangsa bencana alam. Yayasan Sabah yang diilhamkan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, menguruskan pelbagai portfolio bagi melengkapkan usaha kerajaan dalam membawa kemajuan sosioekonomi, kepada rakyat negeri Sabah.
Menerusi Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) iaitu jentera pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah, organisasi ini menceburi pelbagai industri komersial yang merangkumi industri perkayuan, agro perladangan, pelancongan, pembangunan hartanah, perkilangan, minyak & gas, serta hospitaliti. Sejak lebih lima dekad, Kumpulan Yayasan Sabah telah memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan modal insan, komersial dan perindustrian di negeri Sabah.
Kami akan terus bergiat aktif dalam memastikan Kumpulan Yayasan Sabah memberikan sumbangan yang bernilai serta efektif kepada pembangunan negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.
Kami mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan atau maklum balas daripada anda demi memperbaiki keberkesanan maklumat yang dipaparkan di laman web ini.
Akhir kata, kami berharap laman web Kumpulan Yayasan Sabah memberikan anda maklumat mengenai organisasi ini.
Terima kasih dan selamat melayari laman web Kumpulan Yayasan Sabah.

Haji Jamalul Kiram bin Datuk Haji Mohd. Zakaria

About
  • Foreword
  • Introduction
  • Corporate Structure
  • Board of Trustees
  • Board of Directors
  • Management Team
  • Chief Information Officer (CIO)
  • Corporate Logo
  • Menara Tun Mustapha
  • Vision / Mission
  • Objectives
  • Roles
  • Functions
  • Core Values
  • Milestones
Contact Us

Telephone: +(60) 88 326300
Facsimile: +(60) 88 326424
Email: ysinfo@ysnet.org.my
Address: Menara Tun Mustapha
Yayasan Sabah Headquarters Complex
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA