Zon Yayasan Sabah

Objektif
  • Bertindak sebagai mini Kumpulan Yayasan Sabah.
  • Untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar melalui Program Pembangunan Masyarakat seperti Pembangunan Sosioekonomi, Intelek dan Pembangunan Minda, Pembangunan Sosiobudaya di samping Program Desa Cemerlang dan Berinovasi selaras dengan misi dan falsafah Kumpulan Yayasan Sabah.
  • Untuk mengubah minda masyarakat luar bandar sebagai usaha untuk mentransformasikan mereka menjadi individu yang berdikari, kompeten dan berdaya saing dalam semua bidang berdasarkan potensi dan keupayaan mereka.

Peranan
  • Melaksanakan Program Pembangunan Masyarakat seperti Pembangunan Sosioekonomi, Pembangunan Minda dan Intelek, Pembangunan Sosiobudaya di samping Program Desa Cemerlang dan Berinovasi dengan lebih berkesan.
  • Bertindak sebagai ejen perhubungan awam dan pusat informasi yang berhubungkait dengan aktiviti-aktiviti Kumpulan Yayasan Sabah di peringkat Zon.
  • Bertindak sebagai penyelaras dan pemangkin kepada program Kumpulan Yayasan Sabah dan agensi-agensi lain di peringkat Zon.

Fungsi
  • Membantu dalam menggubal dasar yang berkesan, garis panduan dan strategi pelaksanaan program-program yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan bidang lain yang berkaitan.
  • Menyediakan pelan yang komprehensif bagi setiap program, belanjawan dan sumber manusia di peringkat Zon.
  • Memantau dan mengawal keseluruhan perlaksanaan program Kumpulan Yayasan Sabah di peringkat Zon.
  • Menyelaras dan mengawal selia fungsi dan tanggungjawab Pejabat Zon.
  • Menyediakan cadangan kepada Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah mengenai program, seiring dengan perkembangan semasa.

Laporan
  • Menyediakan laporan bulanan, suku tahunan, setengah tahun dan tahunan mengenai aktiviti Pejabat Zon.

Fungsi Unit Pentadbiran, Sumber Manusia dan Kewangan
  • Membantu dalam merangka garis panduan, pelan dan strategi yang berkaitan dengan kewangan, sumber manusia, pentadbiran, pengangkutan, latihan dan harta di peringkat Zon.
  • Menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan mengenai kewangan, sumber manusia, pentadbiran, pengangkutan, latihan dan harta di peringkat Zon.

Unit Penyelidikan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Membantu dalam merangka garis panduan, perancangan dan strategi penyelidikan serta teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat Zon.
  • Menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan seperti pusat sumber, maklumat, dokumentasi, rekod dan perhubungan awam di peringkat Zon.
  • Mengkaji dan menjalankan penyelidikan dalam semua aspek kemasyarakatan dan pembangunan di peringkat Zon dalam usaha untuk mewujudkan program dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan keperluan.
  • Mengenalpasti potensi program/projek sosioekonomi di peringkat Zon.
  • Mewujudkan aktiviti ekonomi yang berpotensi tinggi.
  • Mengenalpasti keperluan infrastruktur di kawasan-kawasan yang memerlukannya.
  • Menjalankan penyelidikan dan menyediakan ringkasan mengenai keberkesanan program-program yang dilaksanakan.
  • Menyediakan maklumat dan rangkaian teknologi komunikasi serta pangkalan data.

Program Pembangunan Masyarakat

  • Pembangunan Minda dan Intelek
    • Membantu dalam merangka dasar, garis panduan dan strategi pelaksanaan program pendidikan.
    • Menyediakan kepakaran dan kaunseling dalam aspek pembangunan pendidikan.
    • Melaksanakan program pembangunan pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.
    • Menganjurkan kursus, seminar, bengkel dan ceramah mengenai pendidikan.
    • Menyelia tadika, asrama dan kemudahan pembelajaran di bawah program pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah.
    • Menjalankan penyelidikan terhadap keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan.
  • Pembangunan Sosioekonomi
    • Membantu dalam merangka dasar, garis panduan dan strategi program sosioekonomi.
    • Menyediakan pakar dan perunding dalam aspek pembangunan ekonomi.
    • Melaksanakan program pembangunan sosioekonomi Kumpulan Yayasan Sabah.
    • Menyelaras program-program pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan oleh agensi-agensi lain di peringkat Zon.
  • Pembangunan Sosiobudaya
    • Menyelaras latihan kemahiran dalam aspek pembangunan sosiobudaya.
    • Membantu dalam merangka garispanduan, perancangan dan strategi bagi program-program sosiobudaya untuk memelihara dan memulihara identiti budaya dan agama ke arah keharmonian sosial.
    • Menyediakan pakar dan perunding untuk mengembangkan, mempromosi dan menyelaras program-program kemasyarakatan seperti moral, etika, kerohanian dan nilai-nilai budaya serta keperluan masyarakat.
    • Menyelaras program pembangunan sosiobudaya yang dilaksanakan oleh agensi-agensi lain di peringkat Zon.
    • Menyelaras latihan kemahiran dalam aspek pembangunan sosiobudaya.
    • Menjalankan penyelidikan mengenai keberkesanan program-program yang telah dilaksanakan.

Sukarelawan Yayasan Sabah
  • Menyebarluas peranan Kumpulan Yayasan Sabah di samping menyampaikan fakta dan maklumat yang tepat kepada rakyat.
  • Meningkatkan imej Kumpulan Yayasan Sabah di kalangan rakyat Negeri Sabah.
  • Mewujudkan semangat sukarelawan di kalangan belia-beliawanis demi menjalankan kerja-kerja amal bakti kepada masyarakat melalui projek berasaskan komuniti.
  • Memperkasakan program kemasyarakatan di peringkat Zon.

Program Desa Cemerlang dan Berinovasi

PDCB adalah usaha pembangunan luar bandar yang komprehensif dengan memberi penekanan kepada pembangunan holistik modal insan melalui pemerkasaan masyarakat luar bandar.

Sebanyak enam buah kampung telah dipilih untuk pelaksanaan program tersebut iaitu, Kg. Pandasan, Kota Belud; Kg. Lambidan, Kuala Penyu; Kg. Singgaron Baru, Ranau; Kg. Sebait, Sandakan; Kg. Sinaron, Keningau dan Kg. Lormalong, Kunak. Untuk memastikan program ini dilaksanakan dengan jayanya, Kumpulan Yayasan Sabah menggunakan sumber-sumber dalaman secara optimum, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, membangunkan modal insan serta mewujudkan aktiviti ekonomi baru yang berasaskan sumber asli tempatan.

Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi & Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak & Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA