University College Sabah Foundation
Seiring dengan pembangunan negeri Sabah ke arah sebuah negeri maju, pengajian tinggi menjadi fokus utama dalam pemberdayaan insan. Penubuhan Universiti College Sabah Foundation (UCSF) merupakan satu lagi kejayaan yang dicapai oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam meluaskan peranannya dalam bidang pendidikan dan pembangunan masyarakat. UCSF sebagai “Universiti Hijau”, dengan Konsep dan Falsafah Hijau yang unik, percaya bahawa generasi akan datang perlu dibimbing dengan pemahaman yang mendalam lagi luas mengenai isu-isu kompleks yang saling berkait dan mencabar kita, untuk memperkasakan lagi komitmen ke arah pembangunan lestari sebagai suatu realiti dalam kehidupan mereka, termasuklah Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainability Development Goals (SDG)).

UCSF menawarkan pelbagai program akademik dan kemahiran yang relevan kepada kemajuan sosioekonomi dan budaya Sabah serta Malaysia. Sebanyak 19 program ditawarkan di bawah empat fakulti; Fakulti Pengurusan dan Keusahawanan, Fakulti Seni dan Multimedia Kreatif, Fakulti Sains Tabii dan Kelestarian dan Fakulti Pembangunan dan Pengajian Kepelbagaian Budaya. Ia juga turut disokong oleh Institute Borneo Studies (IBS), Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik (CLGD), Teaching and Learning Factory (TLF) dan Galeri Seni (Nature Arts Inspiration Gallery).

Pendidikan yang dianjurkan di UCSF adalah menarik, relevan dan kontemporari. Para mahasiswa/i diperkasakan dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang bersifat mendalam lagi luas berpaksikan abad ke-21. Mereka akan mempelajari cara-cara untuk mentafsir maklumat dan menjana naratif yang berdaya transformatif secara aktif sebagai seorang warga global yang altruistik, lengkap dengan pengetahuan silang disiplin untuk menjadi seorang yang kreatif, profesional dan serba boleh.

Pendekatan pengajaran di UCSF adalah kontemporari dengan menggabungkan blended learning dan model-model pembelajaran baharu melalui pengalaman bagi memenuhi keperluan golongan belia yang celik teknologi. Bengkel dan latihan yang dianjurkan turut melibatkan rakan institusi dan industri serta golongan profesional.

Lokasi yang strategik di Sembulan dan terletak di tengah-tengah Bandar Raya Kota Kinabalu, UCSF menawarkan persekitaran dan suasana kampus yang kondusif dan moden dengan kemudahan pembelajaran yang serasi serta kemudahan asrama yang terletak bersebelahan dengan kampus utama.

UCSF berhasrat untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi butik yang menawarkan program-program pengajian dan penyelidikan yang memberi tumpuan kepada kelestarian sumber-sumber asli di Sabah, kepelbagaian budaya dan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ucsf.edu.my atau laman Facebook www.facebook.com/ucsfsabah.

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak dan Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA