Pengangkutan
Yayasan Sabah Shipping Sdn. Bhd. (YSSSB) menyediakan perkhidmatan penghantaran yang tetap dan cekap, termasuk sumber yang diperoleh secara dalaman untuk memenuhi permintaan kargo. YSSSB merupakan syarikat perkapalan pertama di Sabah yang dianugerahkan dengan Dokumen Pematuhan Pengurusan Keselamatan Antarabangsa (International Safety Management) dan Sijil Pengurusan Keselamatan oleh Jabatan Laut Malaysia dan Lloyd's Register of Malaysia pada bulan Jun 2002.

Yayasan Sabah Dua Shipping Sdn. Bhd. (YSDSSB) dilesenkan dengan PETRONAS bagi penyediaan perkhidmatan kapal sokongan luar pesisir. Pada masa ini, ia mempunyai tangki kapal pendarat iaitu M.V. Kota Belud dimana perkhidmatannya telah disewa oleh PETRONAS dan dua bot krew iaitu M.V. Libaran dan M.V. Padas. YSDSSB adalah pembekal perkhidmatan pengangkutan kepada Tenaga Nasional Berhad Fuel Services Sdn. Bhd. (TNBF) sejak 2012. YSDSSB sebelum ini telah menerima pengiktirafan Contract Of Affreightment (COA) dari TNBF untuk perkhidmatan mengangkut gegelung voltan meter secara pukal di pelbagai lokasi. Kontrak kedua telah diberi pada Disember 2014 untuk tempoh masa dua tahun dengan peluang untuk tambahan satu tahun bermula 1 Mei 2015.

Safond Shipping Sdn. Bhd. adalah agen eksklusif Negeri Sabah dalam mengendalikan kapal-kapal yang terlibat dengan pengangkutan balak untuk dieksport dari Sabah.

Selaras dengan moto "The Way Forward", Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai visi yang berani meneroka lebih jauh lagi bagi mempelbagaikan aktiviti dalam perniagaan berdaya maju yang berkaitan dengan sektor maritim dan logistik, sama ada secara persendirian ataupun melalui perkongsian pintar.
Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak dan Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA