Pelancongan
Sejajar dengan hala tuju Kerajaan Negeri, Kumpulan Yayasan Sabah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya ke industri pelancongan.

Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa (STAR), (Kumpulan Yayasan Sabah memegang 60% ekuiti) merupakan hotel terkemuka bertaraf lima bintang yang terletak di kawasan 25 ekar dengan landskap taman yang cantik dan teluk persendirian menghadap Laut China Selatan.

Terletak hanya 10 minit dari pusat bandar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, STAR merupakan sebuah hotel yang mewah, tempat percutian yang tenang dan merupakan pilihan yang tepat untuk percutian tropika yang menakjubkan.

Terdapat tujuh buah restoran dan bar termasuklah sebuah restoran Itali, restoran Cina, Coco Joe's Bar & Grill serta Café TATU, yang merupakan restoran kontemporari menampilkan sarapan pagi dan makan malam bufet berkonsepkan dapur terbuka.

Pulihkan tenaga dan sejukkan diri di Cool Box Ice-Cream Bar ataupun berkelana ke Sunset Bar untuk menikmati keindahan matahari terbenam di Kota Kinabalu sebelum menikmati minuman dan keindahan pemandangan malam di Borneo Lounge and Bar.

Secara eksklusif dimiliki dan dikendalikan oleh pihak resort, STAR Marina menyediakan perkhidmatan sukan air profesional, perkhidmatan bot dan kemudahan pelayaran dan juga kursus menyelam. Terletak di dalam kawasan resort, STAR Marina menawarkan tetamu akses yang mudah ke pulau-pulau yang berdekatan untuk lawatan sehari dan aktiviti pantai.

Resort ini telah memenangi pelbagai anugerah berprestij iaitu: -

Accolades & Achievements

  • Chairman of Sabah Foundation Board of Trustees Challenge Trophy Award 2014, 2015 and 2016
  • Chairman of Sabah Foundation Board of Trustees Award 2014, 2015 and 2016
  • Excellent Company Award 2014, 2015 and 2016 (Core Business Tourism Sector Category)
  • TripAdvisor - Certificate of Excellence 2016
  • TripAdvisor - Travellers' Choice Awards 2016
  • Top 1 Per Cent Hotel in the World - Winner of the 2016 TripAdvisor Travellers' Choice Awards for Hotel
  • ASEAN Tourism Standard - ASEAN Green Hotel Standard 2016-2018, Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa classified as Green Hotel
  • CTrip - Guests' Favourite 2015
  • Booking.com Guest Review Award 2015 - Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa
  • Booking.com Outstanding Support 2015 - Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa
  • Expatriate Lifestyle Magazine's Best of Malaysia Award 2015 - Best Family Stay
  • Malaysia Tatler's Best Restaurant 2015 - Peppino
  • Prime Minister's Hibiscus Award 2014/2015 - Notable Achievement in Environmental Performance
  • Best Fine Dining Restaurant Award 2014/2015 (Peppino) - Bailliage de Sabah Chaine des Rotisseurs
  • TripAdvisor Certificate of Excellence - Hall of Fame, STARS
  • Rakutan Travel Award 2014 - STARS receives Golden Award
  • Ministry of Tourism and Culture Malaysia - CHI, The Spa classified as a 5-star facility
  • Booking.com 2014 Award of Excellence - STARS
  • Agoda.com 2014 Gold Circle Award - STARS
  • TripAdvisor 2014 Excellence Award - STARS
  • TripAdvisor 2014 Excellence Award - Sunset Bar
  • Holidays with Kids - Best Family Resorts in Malaysia 2014
  • Malaysia Tatler's Best Restaurant 2014 - Peppino
  • Guest Review Score 2013 - STARS
  • Best of Blue Fellowship Award - STARS
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Hotels in Malaysia
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Hotels for Service in Malaysia
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Luxury Hotels in Malaysia
  • Conde Nast World Savers Award 2013 - Runner Up
  • Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Award 2013 - Best Family Stay Excellence Award
  • TripAdvisor Certificate of Excellence - Hall of Fame, STARS
  • Rakutan Travel Award 2014 - STARS receives Golden Award
  • Ministry of Tourism and Culture Malaysia - CHI, The Spa classified as a 5-star facility
  • Booking.com 2014 Award of Excellence - STARS
  • Agoda.com 2014 Gold Circle Award - STARS
  • TripAdvisor 2014 Excellence Award - STARS
  • TripAdvisor 2014 Excellence Award - Sunset Bar
  • Holidays with Kids - Best Family Resorts in Malaysia 2014
  • Malaysia Tatler's Best Restaurant 2014 - Peppino
  • Guest Review Score 2013 - STARS
  • Best of Blue Fellowship Award - STARS
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Hotels in Malaysia
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Hotels for Service in Malaysia
  • TripAdvisor Travellers Choice Award 2013 - Top 25 Luxury Hotels in Malaysia
  • Conde Nast World Savers Award 2013 - Runner Up
  • Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Award 2013 - Best Family Stay Excellence Award
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shangri-la.com/kotakinabalu/tanjungaruresort/
Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd. (IJL) adalah pemilik dan pengendali Borneo Rainforest Lodge (BRL), sebuah kemudahan pelancongan semula jadi yang telah memenangi pelbagai anugerah.

BRL terletak dipersekitaran yang mengagumkan di sepanjang Sungai Danum yang mengalir melalui hutan hujan tropika tanah pamah asli yang terbesar di Sabah iaitu Kawasan Konservasi Lembah Danum dengan keluasan 43,800 hektar dengan flora dan fauna yang tidak terganggu.

Lodge ini direkabentuk secara mapan dengan menggunakan kayu kitar semula dan bahan-bahan tempatan bagi mengurangkan pembuangan bahan binaan. Pengurusan berpegang kepada prinsip untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi ini dengan pelbagai cara untuk mengurangkan kesan alam sekitar. Dalam hal ini, IJL mengamalkan sistem hijau yang memberi fokus kepada kesan alam sekitar yang ketara seperti pengurusan sisa, bahan kimia sifar, rawatan sisa air oleh efektif mikroorganisma, pengurangan penggunaan kuasa, pengurangan kebisingan dan menyokong produk tempatan untuk merangsang ekonomi tempatan.

BRL menyediakan 30 buah chalet persendirian yang dilengkapi dengan kipas dan juga tab mandi yang boleh menampung lebih kurang 60 tetamu dalam satu-satu masa. Tetamu mempunyai pilihan pelbagai jenis chalet seperti Standard Chalets (Pemandangan Hutan), Deluxe Chalets (Pemandangan Hutan atau Sungai) dan tiga buah Vila Premium.

Vila Premium, bangunan yang dikelilingi oleh kaca menyediakan pemandangan sungai dan hutan. Dilengkapi dengan kolam renang serta balkoni yang menghadap pemandangan indah Sungai Danum, para pengunjung berpeluang mengalami penginapan yang selesa di sebalik persekitaran semula jadi yang asli.

BRL adalah penerima:-

  • 2016 TripAdvisor Certificate of Excellence - Recognised for Superior Service
  • PATA InSPIRE Award Winner 2015 - Best Responsible Tourism Destination
  • Sabah Tourism Awards 2015 - Best Inbound Tour Package (4 Days/3 Nights Stay at Luxury Villa @ Borneo Rainforest Lodge, Danum Valley)
  • TripAdvisor - Certificate of Hall of Fame 2015
  • TripAdvisor - Certificate of Excellence for Year 2012/2013/2014/2015
  • Malaysia Tourism Awards 2012/2013 - Best Hotel Services * 3 star & Below (Borneo Rainforest Lodge, Danum Valley, Sabah)
  • Malaysia Tourism Awards 2012/2013 - Best Tour Package * Luxury Tourism (Borneo Nature Tours, Sabah)
  • Malaysia Tourism Awards 2012/2013 - Best Tourist Attraction * Natural Attraction/Eco-Tourism/Agro Tourism (Danum Valley, Sabah)
  • 27th ASEANTA Awards for Excellence 2013 - The Best Asean New Tourist Attraction - Canopy Walkway at Danum Valley Conservation Area
  • TripAdvisor Certificate of Excellence for Year 2013 - Recognising the Top Performing Business on TripAdvisor
  • Sabah Tourism Award 2009 - Excellence in Hotel Service (Best Borneo Rainforest Lodge)
  • Sabah Tourism Award 2009 - Best Nature Attraction (Canopy Walkway)
  • Sabah Tourism Award 2009 - Best New Tour Package (danum Valley 4 Days/3 Nights)
  • Sabah Tourism Award 2007 - Excellence in Hotel Service (Borneo Rainforest Lodge)
  • Sabah Tourism Award 2005 - Excellence in Hotel Service (Borneo Rainforest Lodge)
  • Malaysia Tourism Award 2004 - Best Natural Attraction
  • ASEANTA Awards for Excellence 1996 - The Best New Tourism Attraction in ASEAN

Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. (BNT) merupakan syarikat pengendali pelancong yang memberi pengkhususan dalam program-program pelancongan dan pengembaraan alam semula jadi di Sabah. BNT mempunyai pejabat di Lahad Datu dan Kota Kinabalu bagi mengendalikan operasinya di Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah. BNT merupakan jentera pemasaran dan satu-satunya syarikat yang mengurus pelancong ke Borneo Rainforest Lodge.

BNT juga mengendalikan aktiviti trek ke Lembangan Maliau yang juga dikenali sebagai Sabah's Lost World. Produk dan perkhidmatan lain termasuklah pelancongan kembara dan alam semula jadi, pengalaman pelancongan pacuan empat roda, pelancongan mengikut permintaan, perkhidmatan sokongan M.I.C.E, pakej perkahwinan dan berbulan madu, urusan hotel dan resort di Sabah dan pengendalian ketibaan dan pelepasan pelancong.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.borneonaturetours.com
Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd. (ITTS) merupakan salah satu pemain utama dalam industri pelancongan Sabah yang menyediakan rangkaian perkhidmatan di bawah jenama "SABAH HOLIDAYS".

ITTS beroperasi sebagai ejen dan pengendali pelancongan untuk lawatan masuk dan keluar, tiket, penyewaan kenderaan dan perkhidmatan limousin serta pengendali koc pelancongan. Dengan tenaga kerja yang terlatih, berpengalaman dan kompeten, keselamatan para tetamu selama percutian bersama syarikat ini sentiasa menjadi keutamaan.

Hari ini, ITTS memiliki barisan kenderaan moden yang terdiri daripada limousin, kereta sedan, MPV dan bas persiaran yang membolehkan syarikat ini menyediakan pakej pelancongan berkualiti pada kos yang menarik. ITTS juga mengendalikan bot-bot miliknya bagi melengkapkan pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan. Syarikat ini juga mengendalikan lawatan-lawatan secara harian ke Usukan Cove Lodge di Kota Belud, sebuah destinasi snorkeling, menyelam, memancing, river cruise dan lawatan pengembaraan.

Usukan Cove merupakan kawasan teluk di pantai Kota Belud berdekatan dengan Kuala Abai di mana terletaknya jeti ke Pulau Mantanani. Perjalanan ke lokasi ini hanya mengambil masa sejam setengah dari Kota Kinabalu dan perjalanan ini yang dihiasi dengan pemandangan sawah padi, kawasan luar bandar dan Gunung Kinabalu yang megah.

Usukan Cove dianugerahkan dengan pelbagai tarikan alam semula jadi, kaya dengan batu karang dan hidupan marin, pantai berpasir putih serta air laut yang bersih memutih dan menenangkan. Dengan persekitaran yang bersih dan tenang, Usukan Cove bukan sahaja merupakan destinasi percutian santai tetapi juga merupakan pintu masuk ke keajaiban aktiviti menyelam di Sabah.

Disebalik kawasan tenang dan sunyi Usukan Cove terletaknya Pulau Pandan Pandan. Pulau Pandan Pandan hanyalah 10 minit perjalanan dengan menggunakan bot dari Usukan Cove Lodge. Pulau ini terletak di lokasi yang anda boleh meluangkan masa dengan menikmati pelbagai aktiviti sukan laut, berenang di laut tenang atau berehat di pantai berpasir putih.

Pulau Pandan Pandan menawarkan peluang kepada pengunjung untuk berehat di kawasan yang nyaman dan damai dengan persekitaran yang membuatkan pengunjung berasa eksklusif. Pulau ini dikelilingi terumbu karang yang masih kekal dalam keadaan semula jadi dengan kepelbagaian haiwan marin yang mendiami lantai lautnya. Pelancong ke pulau ini datang dengan tujuan untuk menyelam berpeluang melihat keindahan hidupan laut.

Penyelam pasti akan terserempak dengan ikan kerapu, sotong, anak barakuda dan ikan merah. Jika tuah bersama anda, anda juga akan dapat melihat dolfin dan penyu. Pulau ini juga dianugerahkan dengan pantai yang indah.

ITTS juga mengendalikan pangkalan pelayaran sungai di bawah jenama Le Cruise De Kota Belud di Kg. Tamau, Kota Belud. Le Cruise De Kota Belud boleh menampung sehingga 100 orang untuk lawatan sehari pada satu-satu masa. Le Cruise De Kota Belud mempamerkan tanah lembab Kota Belud. Di sini anda boleh menemui salah satu ikon Negeri Sabah, iaitu monyet Proboscis. Pelayaran ini bermula di sepanjang Sungai Tempasuk di mana anda akan disambut oleh pemandangan megah Gunung Kinabalu. Sejurus selepas itu, pandangan mengasyikkan sekumpulan monyet Proboscis yang bergayut dari pokok ke pokok di sepanjang sungai itu. Untuk pengalaman yang lebih istimewa, jangan lupa untuk membawa teropong anda untuk melihat pemandangan yang mengasyikkan ini.

Panorama kampung di sepanjang pelayaran juga akan turut membuat anda terpesona. Dalam pelayaran selanjutnya, satu lagi pemandangan dramatik menanti iaitu suasana apabila masuk masa matahari terbenam. Jika bernasib baik, lawatan anda akan menjadi lebih seronok biarpun hujan renyai-renyai kerana pelangi yang tersergam indah akan muncul di kaki langit. Untuk pelayaran kedua melalui Sungai Nanamun, pengalaman melihat lamu-lampu berkelipan yang dikeluarkan oleh kunang-kunang akan menerangi perjalanan dan membuatkan anda terpesona.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sabahholidays.com
Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi & Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak & Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA