Kemaskini Maklumat Bekas Pelajar Tajaan Biasiswa Dan Pinjaman Yayasan Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi Yayasan Sabah sedang mengemaskini profil bekas pelajar tajaan biasiswa dan pinjaman Yayasan Sabah dari tahun 1968 sehingga tahun 2017. Jika anda salah seorang bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah dari tahun-tahun tersebut, anda boleh kemaskini maklumat anda di pautan seperti dibawah. Kerjasama anda amat penting bagi melengkapkan data bekas pelajar tajaan Pinjaman dan Biasiswa Yayasan Sabah. Kami juga ingin meminta jasa baik anda untuk menyebarkan mesej pautan ini kepada semua bekas pelajar tajaan Biasiswa dan pinjaman Yayasan Sabah.

Kerahsiaan! Semua maklumat anda adalah rahsia dan hanya untuk tujuan kemaskini maklumat bekas pelajar tajaan Biasiswa dan Pinjaman Yayasan Sabah.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi Yayasan Sabah :-

Dr.Ishak Johari (Ketua Pengurus Kumpulan Zon/Pengurus Kumpulan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi), Tel : 088326557, Email : ishakjohari@yahoo.com

Juhirin Kantis (Pengurus), Tel : 088-326564, Email : juhkantis@yahoo.com.my

Dr.Elizabeth Kinat (Penyelidik), Tel : 088-326300, Email : nesinelizabeth@yahoo.co.uk

Sekian terima kasih.

Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA