MINYAK, GAS DAN TENAGA

Kumpulan Yayasan Sabah juga telah mempelbagaikan pelaburan komersialnya ke sektor-sektor yang lain. Salah satu bidang tersebut ialah sektor minyak, gas dan tenaga.

Shell Timur Sdn. Bhd.

Shell Timur Sdn. Bhd. (STSB) telah ditubuhkan pada Januari 1984 sebagai Shell Marketing Company Borneo Limited. Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai 15 peratus ekuiti dalam STSB.

Aktiviti utama syarikat ialah memasarkan produk petroleum untuk Shell di Sabah (termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) dan Sarawak. Ia mengendalikan 11 buah pangkalan petroleum dan menguruskan 166 buah stesen minyak runcit di kedua-dua negeri tersebut.

NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd.

NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. (NRG) telah ditubuhkan pada 18 September 2006 sebagai salah sebuah anak syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah. Syarikat ini telah menubuhkan Kimanis Power Sdn. Bhd., dengan PETRONAS Gas Berhad (PGB) untuk bersama-sama membangun dan mengendalikan loji jana kuasa kitaran gas 300MW di Kimanis, Sabah.

Kimanis Power Sdn. Bhd.

Kimanis Power Sdn. Bhd. (KPSB) telah diperbadankan pada 22 Disember 2008 dengan pegangan saham sebanyak 60 peratus oleh PETRONAS Gas Berhad (PGB) dan 40 peratus dipegang oleh NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. KPSB adalah pemilik Loji Janakuasa Kimanis (Kimanis Power Plant - KPP). Kuasa daripada loji tersebut dibekalkan kepada grid Sabah Electricity Sdn. Bhd. dan telah beroperasi sepenuhnya pada 7 November 2014.

Petrosabah Sdn. Bhd.

Petrosabah Sdn. Bhd. (PSSB) diperbadankan pada 26 Januari 2016. PSSB bertujuan untuk menerajui syarikat-syarikat subsidiari minyak, gas dan tenaga Kumpulan Yayasan Sabah. Dengan misi untuk menjadi penggerak utama kepada sektor minyak, gas dan tenaga melalui kecekapan, kelayakan dan keupayaan, PSSB dijangka menjadi penyumbang pendapatan yang mapan kepada Kumpulan Yayasan Sabah.

Selaras dengan konsep perniagaan PSSB yang mewujudkan kerjasama pintar dan kerjasama teknologi, PSSB secara aktif bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan asing yang mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk melaksanakan projek besar dan kecil.

Inno Hydropower (B) Sdn. Bhd. dan Inno Hydropower (T) Sdn. Bhd.

Inno Hydropower (B) Sdn. Bhd. (IHB) dan Inno Hdyropower (T) Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 29 September 2017. Kedua-dua IHB dan IHT ialah syarikat jentera khas (Special Purpose Vehicle - SPV) untuk melanggan dan melabur dalam ekuiti syarikat loji kuasa bebas yang akan menjalankan pembangunan loji hidro yang terletak di Sg. Bengkoka, Kota Marudu dan Sg. Tolokoson Kemabong, Tenom, Sabah.

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan Agro
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA