Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Memupuk budaya Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) merupakan keutamaan untuk Kumpulan Yayasan Sabah dalam memastikan persekitaran yang selamat dan sihat kepada staf dan masyarakat umum. Komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam OSH terbukti dengan penubuhan tiga jawatankuasa berdasarkan sektor iaitu, Perhutanan, Perkhidmatan Korporat, Pertanian dan Pengilangan.

Penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah dalam OSH adalah luas di mana melalui syarikat milik penuhnya, Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ), Kumpulan Yayasan Sabah diberi kepercayaan untuk melaksanakan Program Mentor-Mentee oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sejak 2014. Melalui program ini, Syarikat Berkaitan Kerajaan diberi tanggungjawab sebagai mentor untuk membimbing syarikat-syarikat dalam Industri Kecil dan Sederhana untuk penambahbaikan OSH di premis masing-masing. Sebagai mentor, RBJ melaksanakan latihan yang sesuai dan memberi panduan mengenai perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada kontraktor dan pada masa yang sama dipantau oleh DOSH sebagai fasilitator.

Kumpulan Yayasan Sabah, melalui RBJ telah diiktiraf sebagai pengamal OSH dan telah dianugerahkan dengan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan di bawah Kategori Perhutanan 10 tahun berturut-turut sejak 2006. Pencapaian yang signifikan ini telah mendorong Kumpulan Yayasan untuk maju ke hadapan dalam amalan OSH.
Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan Agro
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA