Pencapaian
1965-1974
1965 9 November 1965
Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun mencadangkan penubuhan Yayasan Sabah di Mesapol, Sipitang.
1966 4 Mei 1966
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Pengiran Haji Ahmad Raffae menandatangani Enakmen Yayasan Sabah No. 8, 1966 di Dewan Undangan Negeri Sabah bagi penubuhan Yayasan Sabah.

8 Ogos 1966
Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah yang pertama
1967 1967
Pejabat Yayasan Sabah yang pertama di Jalan Gaya, Kota Kinabalu mula beroperasi

1967
Pelaksanaan program biasiswa pendidikan menengah di Sabah

25 November 1967
Datuk (Tan Sri) Syed Kechik Bin Syed Mohmamed Al-Bukhary dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah yang pertama.
1968 1968
Pelakasanaan program biasiswa dan pinjaman pendidikan tinggi

1968
Kumpulan pertama pelajar tajaan Yayasan Sabah melanjutkan pendidikan ke Semenanjung Malaysia.
1969 1969
Rundingan bagi pihak kerajaan Negeri untuk menuntut semula 6,000 batu persegi konsesi balak dari syarikat konsesi dalam dan luar negara yang telah diberikan oleh Kerajaan Kolonial British sebelum ini.
1970 1970
Pelajar pertama tajaan Yayasan Sabah menamatkan pengajian di Carnegie College, United Kingdom iaitu Encik Abdul Ghani Mandar.
1971 8 Ogos 1971
Pneyerahan M.V. Kinabalu Satu, kapal pertama Yayasan Sabah di bawah siri Kinabalu.
1972 Januari 1972
Asrama Yayasan Sabah di Tenom siap dibina.

April 1972
Asrama Yayasan Sabah di Tambunan siap dibina.

Mei 1972
Asrama Yayasan Sabah di Tawau siap dibina.
1973 17 Ogos 1973
Perasmian kampus Yayasan Sabah-Institut Teknologi MARA (YS-ITM) di Kota Kinabalu oleh Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun

1973
Asrama Yayasan Sabah di Beaufort, Beluran dan Sandakan siap dibina.
1974 Jun 1974
Penyerahan M.V. Kinabalu Lapan.

Jun 1974
Penubuhan kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia - Sabah (UKMS) di Kinarut.

Jun 1974
Asrama Yayasan Sabah di Kota Marudu, Kudat, Papar, Sipitang, dan Ranau siap dibina.
1975-1984
1975 Mac 1975
Perkhidmatan Doktor Udara dimulakan di kawasan luar bandar
1976 22 Jun 1976
Datuk (Tan Sri) Harris Bin Mohd. Salleh dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

22 Jun 1976
Tan Sri (Datuk) Benedict Stephens dilantik sebagai Pengarah/Pengarah Urusan Yayasan Sabah.

Disember 1976
Sebanyak 128 unit rumah-kedai empat tingkat di Sinsuran, Kota Kinabalu siap dibina.

Disember 1976
Asrama Yayasan Sabah di Keningau siap dibina

1976
Jalan Pesisiran Pantai Likas sejauh 11.2 km dari Kota Kinabalu ke Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah siap dibina.
1978 Ogos 1978
Fasa 1A dan 1B Kompleks Sukan Kota Kinabalu siap dibina.
1979 Februari 1979
Skim pakaian seragam untuk pelajar sekolah rendah dan menengah diperkenalkan.

Oktober 1979
Skim alat-alat tulis untuk pelajar sekolah rendah dan menengah diperkenalkan.

Akhir tahun 1979
Bangunan Ibu Pejabat Yayasan Sabah (Menara Tun Mustapha) siap dibina.

1979
Kem Perkampungan semasa cuti sekolah bagi pelajar Yayasan Sabah di sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia diperkenalkan

1979
Asrama Yayasan Sabah di (Wilayah Persekutuan) Labuan siap dibina.
1980 1 Januari 1980
Pelantikan Tengku Datuk Zainal Adlin Bin Tengku Mahmood sebagai Timbalan Pengarah, Yayasan Sabah.

Februari 1980
Penghantaran M.V. Yayasan Satu, kapal pertama Yayasan Sabah di bawah siri Yayasan.

Jun 1980
Penghantaran M.V. Yayasan Dua.

6 Jun 1980
Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Mohd Adnan Robert.

September 1980
Penghantaran M.V. Yayasan Tiga.

15 Oktober 1980
Skim pemberian susu kepada kanak-kanak sekolah rendah diperkenalkan.

1980
Penubuhan Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.
1981 15 Februari 1981
Program pemberian kasut untuk pelajar sekolah rendah diperkenalkan.

Jun 1981
Fasa 1C Kompleks Kota Kinabalu Sukan siap dibina.

15 Ogos 1981
Penubuhan Perkhidmatan Paramedik Yayasan Sabah.
1982 Mac 1982
Skim pemberian susu diperkenalkan kepada murid-murid tadika.

29 Ogos 1982
Penyerahan M. V. Yayasan Lima oleh Sabah Shipyard Sdn. Bhd., (Wilayah Persekutuan) Labuan.

1982
Skim pemberian kasut diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah.
1983 17 Julai 1983
Tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah, Tun Haji Mohd. Adnan Robert.

1983
Fasa II YS-ITM di Kuala Menggatal siap dibina.

1983
Penyerahan M.V. Yayasan Enam dan M.V. Yayasan Tujuh oleh Sabah Shipyard Sdn. Bhd., (Wilayah Persekutuan) Labuan.
1984 Mac 1984
Penyerahan M.V. Yayasan Lapan oleh Sabah Shipyard Sdn. Bhd., (Wilayah Persekutuan) Labuan.

25 September 1984
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman yang pertama bagi Program Latihan dan Penyelidikan Hutan Hujan Lembah Danum di antara Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum dan The Royal Society, United Kingdom untuk kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan di Lembah Danum dalam tempoh lima tahun seterusnya.

Oktober 1984
Pelan Pengurusan Hutan Yayasan Sabah (1984-2032) diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

1984
Projek InSPIRE (Integrated System of Programme Instruction for Rural Environment atau Sistem Panduan Pengajaran yang terancang khas untuk sekolah rendah di kawasan luar bandar) di Sabah diperkenalkan.
1985-1994
1985 18 Jun 1985
Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sabah.

18 Jun 1985
Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dilantik sebagai Pengarah/Pengarah Urusan Yayasan Sabah.

Julai 1985
Kompleks Badan-Badan Sukarela di Jalan Tuaran siap dibina.

Ogos 1985
Asrama Kinabalu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur siap dbina.
1986 29 Ogos 1986
Pusat Luar Lembah Danum (untuk penyelidikan, latihan dan pendidikan mengenai pemuliharaan) dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan.

September 1986
Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan diperkenalkan di kawasan luar bandar.
1987 21 Mac 1987
Penubuhan Pusat Perhutanan Luasong sebagai pusat pembangunan hutan tropika dan pangkalan operasi bagi akiviiti pembalakan, pengukuran, inventori dan agro-perhutanan.

24 September 1987
Menyelaras ekspedisi saintifik dan kemasyarakatan Operasi Raleigh di Sabah.

18 Disember 1987
Perasmian dan Penyerahan Asrama Kinabalu, Universiti Malaya disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan.
1988 21 Mac 1988
Ekspedisi Saintifik di Lembangan Maliau - Fasa I

26 April-5 Mei 1988
Ekspedisi Saintifik di Lembangan Maliau - Fasa II

17 Ogos 1988
Innoprise Corporation Sdn. Bhd. ditubuhkan sebagai jentera pelaburan Yayasan Sabah dan juga sebagai syarikat pengurusan aktiviti komersial kumpulan.

7 Oktober 1988
Kelab Pencinta Alam Sabah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan.

20 Oktober 1988
Pelancaran Projek Pembangunan Komuniti Perhutanan di Ulu Kinabatangan, Tongod oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan.

1 Disember 1988
Yayasan Sabah memperoleh kesihatan bergerak berhawa dingin, Put-On-Deck (POD) Concept yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

5 Disember 1988
Pelancaran Projek Perintis Pembangunan Insan di Tambunan.

1988
Pelancaran Konsep Pembangunan Insan Yayasan Sabah.
1989 Mac 1989
Seramai 30 orang kanak-kanak kumpulan pertama mendaftar di Taska Ria, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak.

Julai 1989
Penubuhan Institut Pembangunan Insan yang kemudiannya dikenali sebagai Kolej Komuniti Yayasan Sabah, seterusnya Kolej Yayasan Sabah dan sekarang dikenali sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah.

1989
Asrama Yayasan Sabah di SK. Lotong, Tambunan siap dibina.
1990 23 Mei 1990
Pelancaran Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan kepada 10 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.

September 1990
Yayasan Sabah menjadi tuan rumah Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) yang pertama.

7 Disember 1990
Pembaharuan kedua Memorandum Persefahaman bagi Program Latihan dan Penyelidikan Hutan Hujan Lembah Danum di antara Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum dan The Royal Society, United Kingdom untuk kerja-kerja penyelidikan di Lembah Danum dalam tempoh lima tahun seterusnya.

1990
Perasmian rumah contoh Komuniti Perhutanan Karamuak.

1990
Perasmian rumah contoh Kilitawang dan jalanraya Tongod - Karamuak.

1990
Pengambilan pertama 15 pelajar binaan-bangunan bagi tempoh latihan selama dua tahun setengah di Institut Pembangunan Insan
1991 13 September 1991
Perasmian Asrama Yayasan Sabah, Tambunan.

27 November 1991
Perasmian Pusat Luar Lembah Danum Fasa III oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan di Lahad Datu.

6 Disember 1991
Konvokesyen Pertama Institut Pembangunan Insan.

17 Disember 1991
Majlis Perasmian Pusat Sukan Yayasan Sabah (Kompleks Sukan Tun Adnan) oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan.

1991
Sebuah tempat perkuburan purba telah ditemua berhampiran dengan Borneo Rainforest Lodge (BRL), Lahad Datu. BRL telah didaftarkan sebagai sebuah projek pelancongan oleh Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia dan diberikan taraf perintis oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia.
1992 29 Jun 1992
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Rakyat Berjaya Sdn. Bhd dan FACE (Forests Absorbing Carbon Dioxide Emissions) Foundation of The Netherlands bagi pemulihan kawasan hutan yang telah ditebang untuk Fasa I.

3 Julai 1992
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Innoprise Corporation Sdn. Bhd. dan Sweden University of Agricultural Science (SUAS) bagi Penyelidikan Hutan Tropika di Luasong, Tawau.

1 Ogos 1992
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Innoprise Corporation Sdn. Bhd. dan New England Power, Amerika Syarikat bagi Projek Pengurangan Kesan Pembalakan.

8 Disember 1992
Perasmian Innoprise Wood Products Sdn. Bhd. oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan.
1993 27 Mac 1993
Perasmian Asrama Yayasan Sabah di SK. Pegalan Kusob, Tambunan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Tan Sri) Joseph Pairin Kitingan.

13 Mei 1993
Pembinaan infrastruktur pertama di Lembangan Maliau yang dinamakan Stesen Luar Lembangan Maliau terletak di Camel Trophy Base Camp melalui sumbangan berjumlah USD 500,000 oleh Camel Trophy.

8 Disember 1993
Eskport perabot hiasan taman yang pertama oleh Innoprise Wood Products Sdn. Bhd. ke Eropah dan Amerika Syarikat.
1994 30 Mac 1994
Tan Sri Datuk Seri Panglima (Tun) Haji Sakaran Bin Dandai dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

April 1994
Tan Sri Datu Khalil Bin Datu Haji Jamalul, Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik sebagai Pemangku Pengarah Yayasan Sabah. 1 Julai 1994
Borneo Rainforest Lodge (BRL) dibuka untuk perniagaan sebagai kemudahan pelancongan alam semulajadi.

1 Oktober 1994
Tuan Haji Abdul Kadir Haji Damsal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

1 Oktober 1994
Laluan kanopi, salah satu tarikan utama di Borneo Rainforest Lodge siap dibina.

8 Disember 1994
Pembaharuan Ketiga Memorandum Persefahaman Program Latihan dan Penyelidikan Hutan Hujan Lembah Danum di antara Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum dan The Royal, United Kingdom terhadap kerja-kerja penyelidikan yang akan dijalankan di Lembah Danum dalam tempoh lima tahun seterusnya.

20 Disember 1994
Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Borneo oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima (Tun) Haji Sakaran Bin Dandai.

29 Disember 1994
Pelancaran 'BAKTI IKHLAS' sebagai falsafah korporat Yayasan Sabah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk (Datuk Seri Panglima) Mohd. Salleh Tun Said.

1994
Fasa I - Borneo Rainforest Lodge yang terdiri daripada 10 bilik chalets dupleks siap dibina.
1995-2004
1995 1 Mac 1995
Datuk (Datuk Seri Panglima) Musa Haji Aman dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah/Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

23 Disember 1995
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Yayasan Sabah mengenai pendedahan keracunan plumbum di kalangan kanak-kanak prasekolah.

1996 7 Januari 1996
Borneo Rainforest Lodge (BRL) memenangi anugerah "Best New Tourist Attraction in ASEAN" di ASEANTA ke-10 - Kecemerlangan dalam Pelancongan sempena Konvesyen Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) di Surabaya, Indonesia.

14-16 Mac 1996
Lawatan His Majesty King Carl XVI Gustaf dan Her Majesty Queen Silvia of Sweden ke BRL, Lembah Danum.

12-15 Mei 1996
Ekspedisi Saintifik Lembangan Maliau.

22 Jun 1996
Kolej Komuinit Yayasan Sabah diiktiraf di bawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan oleh Kementerian Sumber Manusia.

30 Jun 1996
Asrama Yayasan Sabah di Kg. Seri Melor, Semporna siap dibina.

1 Julai 1996
Fasa II BRL yang terdiri daripada 18 chalet-satu unit siap dibina.

4 Ogos 1996
Perasmian Asrama Desa Yayasan Sabah di Kg. Sungai-Sungai, Sugut, Beluran.

31 Ogos 1996
Lawatan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohammad dan Datin Seri (Tun) Dr. Siti Hasmah ke Pusat Luar Lembah Danum (DVFC) dan BRL, Lahad Datu.

16 Oktober 1996
Datuk (Dr.) Mohd. Tahir Jaafar dilantik sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Sabah.

30 Oktober 1996
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman & Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Najihah Binti Al-Marhum Tuanku Besar Burhanuddin melawat DVFC dan BRL, Lahad Datu.

27 November 1996
Majlis Perasmian Pusat Penemuan Alam Semulajadi atau Pokok Rimba di DVFC.

1997 21 Februari 1997
Yayasan Sabah menaja 18 staf untuk mengikuti kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA). Kursus tersebut dijalankan bersama dengan Institut Teknologi Mara (ITM) dan Universiti Edith Cowan (ECU), Australia.

17 April 1997
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah mengenai projek-projek pembangunan penyelidikan dalam bidang sosial, pendidikan, perdagangan dan sains; biodiversiti dan pemuliharaan hutan.

24 November 1997
Majlis menandatangani Memorandum antara Innoprise Corporation Sdn. Bhd. dan British Columbia Fire Service, sebuah agensi perlindungan kebakaran hutan untuk Kawasan Konsesi Yayasan Sabah.

17 Disember 1997
Pelancaran Skuad Bantuan Bomba oleh Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk (Datuk Seri Panglima) Musa Haji Aman.

1998 2 Jun 1998
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman pertama antara Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) dan IKEA terhadap projek pemuliharaan dalam Kawasan Konsesi Yayasan Sabah.

25 Jun 1998
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ketiga antara RBJ dan Face Foundation of The Netherlands untuk tempoh tiga tahun sebagai usaha kerjasama yang berterusan yang dikenali sebagai INFAPRO atau Innoprise Face Project.

6 Jun 1998
Pasukan Yayasan Sabah memenangi Pesta Perahu Naga ke-13 (Kategori Antarabangsa)

15 Oktober 1998
Datuk Seri Panglima (Tan Sri) Bernard G. Dompok, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

1999 13 Ogos 1999
Pelancaran Kempen Kesedaran Plumbum mengenai bahaya kepada kesihatan akibat pendedahan plumbum di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak prasekolah oleh Datuk (Datuk Seri Panglima) Musa Haji Aman, Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

2000 22 Februari 2000
Unit Latihan Yayasan Sabah menerima anugerah pengiktirafan antarabangsa, Sijil MS ISO 9002: 1994 dari Register Quality Assurance Lloyd (LRQA).

24 Februari 2000
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman keempat antara Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum (DVMC) dan The Royal Society, UK mengenai Program Latihan dan Penyelidikan Hutan Hujan Lembah Danum.

14 April 2000
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ketiga antara RBJ dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam bidang penyelidikan, latihan dan pendidikan di kawasan pemuliharaan.

21 April 2000
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sabah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus UKM Bangi, Selangor untuk memupuk persefahaman dalam bidang penyelidikan dan latihan.

20 Ogos - 2 September 2000
Eco Challenge (perlumbaan ekspedisi paling sukar di dunia) diadakan di Kawasan Konservasi Lembah Danum.

10 November 2000
Perasmian Bangunan Yayasan Sabah di Kaherah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Osu Haji Sukam.

2001 27 Mac - 4 April 2001
Pengenalan "Kembara Lembangan Maliau" oleh Kelab Pencinta Alam Sabah.

2003 8 Mac 2003
Yayasan Sabah memenangi dua anugerah; Projek Konservasi Lembangan Maliau untuk "Anugerah Kecemerlangan Projek Alam Sekitar Bagi Organisasi 2003" dan Kelab Pencinta Alam untuk "Anugerah Kecemerlangan Organisasi Kerajaan Mesra Alam" pada Majlis Anugerah Alam Sekitar Negeri Sabah.

12 Mac 2003
Perasmian Kem Belian, Kawasan Konservasi Lembangan Maliau oleh Pengarah Yayasan Sabah/Pengerusi Eksekutif ICSB, Tan Sri Datu Khalil Bin Datu Haji Jamalul.

17 Oktober 2003
Memorandum Persefahaman kedua antara Kumpulan Yayasan Sabah dan IKEA terhadap projek pemulihan hutan di Kawasan Konsesi Yayasan Sabah.

12 Disember 2003
Pelancaran Visi Kumpulan Yayasan Sabah oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

2004 17 Januari 2004
Perasmian Bangunan Maklumat dan Resepsi Shell Maliau oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah.

2005-2014
2005 4 Februari 2005
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Tropical Forest Trust mengenai kerjasama ke arah persijilan Forest Stewardship Council.

3 Mac 2005
Bahagian Perhutanan, Pemprosesan dan Pemasaran dan Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (Kumpulan) disahkan oleh SIRIM QAS International bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000.

28-30 Mac 2005
Majlis Perasmian International CEO's Conference 2005 oleh Y.B. Senator Tan Sri Dato' Noh Mohamed Bin Yakobs, Menteri Kewangan Kedua bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri (Tun) Abdullah Haji Ahmad Badawi.

7 April 2005
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Malaysia Centre for Remote Sensing (MACRES) ke atas perkhidmatan teknologi khusus untuk menguruskan sumber dan meningkatkan produktiviti.
2006 10 Mei 2006
Pelancaran Galeri Tun Mustapha sempena Ulang Tahun ke-40 Yayasan Sabah oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Bin Abdullah.

27 Mei 2006
Perasmian Nurseri Tadika Ria di Kompleks Sadong Jaya oleh Datin Seri Panglima (Datuk) Hajah Faridah Haji Tussin, isteri kepada Ketua Menteri Sabah.

15-24 Jun 2006
Ekspedisi Saintifik Eucalyptus Camp, Lembangan Maliau yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dan Kumpulan Yayasan Sabah.
2007 1 Februari 2007
Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat kedua dalam perarakan kereta berhias sempena sambutan Ulang Tahun ke-7 Hari Bandar Raya Kota Kinabalu.

6 Februari 2007
RBJ dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Emas Kebangsaan untuk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2006 di bawah kategori Perhutanan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP).

8 Februari 2007
Perasmian Jambatan Tamoi dan Pusat Perhutanan Millian di Tongod oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

20 Mac 2007
Perasmian YSG Biotech Sdn. Bhd. oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah di Kompleks Badan-Badan Sukarela, Kota Kinabalu.

24 April 2007
Kumpulan Yayasan Sabah melalui Projek Pemuliharaan Hutan Tropika Innoprise-IKEA (INIKEA) telah dianugerahkan Sijil IWAY oleh IKEA atas pencapaian standard yang tinggi dalam isu-isu berkaitan dengan alam sekitar, perhutanan dan persekitaran kerja.

24 April 2007
Perasmian Bangunan Resepsi dan Informasi Shell Maliau oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

26 April 2007
Perasmian Maliau Skybridge dan Menara Pemerhatian di Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau oleh Encik Thomas Bergmark, Pengurus, Sosial & Hal Ehwal Alam Sekitar, IKEA Group dan Dr Waidi Sinun, Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar, Kumpulan Yayasan Sabah.

18 Jun 2007
Pelancaran tiga kapal tangki kimia: Maliau, Gagasan Perak dan Imbak di Korea Selatan.

22 Oktober 2007
Yayasan Sabah Dua Shipping Sdn. Bhd. menerima Superfast Crewboat pertama, M. V. Libaran di Jeti Baru Rancha Rancha Asian Supply Base, (Wilayah Persekutuan) Labuan.

11-22 November 2007
International Women Executive Congress 2007 - "The Way Forward" diadakan di The Magellan Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort dan disertai oleh 340 delegasi tempatan dan antarabangsa.
2008 21 Januari 2008
Lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Sultanah Tuanku Nur Zahirah Binti Adil Bakeri ke Menara Tun Mustapha.

15-27 Jun 2008
International CEO's Conference 2008, disertai oleh lebih daripada 500 delegasi tempatan dan antarabangsa di The Magellan Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort.

1 Disember 2008
Memorandum Persefahaman ketiga antara Kumpulan Yayasan Sabah dan IKEA mengenai projek pemulihan hutan.
2009 22 Oktober 2009
Blue Ocean Strategy Conference diadakan di The Magellan Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort.

21 November 2009
BRL dianugerahkan "Excellence in Hotel Services - Nature Lodge Category", "Best Tourism Attraction Nature Category" dan "Best New Tours Package 4 days/3 nights Borneo Rainforest Lodge Package" semasa Anugerah Pelancongan Sabah 2009.
2010 6 April 2010
Majlis Pelancaran Portal k@Borneo oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

26 Mei 2010
Yayasan Sabah Group Forest Management Units (FMUs) 15 dan 16 di Hutan Simpan Sungai Pinangah menerima Pengesahan Pematuhan Perundangan (VLC) oleh Rainforest Alliance of New York di bawah Program Pintar.

5 Ogos 2010
Perasmian Asrama Iskandariah Yayasan Sabah, Kaherah, Mesir oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

26 November - 5 Disember 2010
Ekspedisi Saintifik ketiga Kanyon Imbak di Kawasan Gunung Kuli, bahagian selatan Kanyon Imbak, yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia dan Kumpulan Yayasan Sabah.

26 November 2010
Pelancaran buku "Maliau Basin: Physical Environment and Biological Diveristy of the Northern Rim" sempena pelepasan Ekspedisi Saintifik ketiga 2010.

21 Disember 2010
RBJ menerima Anugerah Kecemerlangan Keselamatan & Kesihatan Negara 2009, (dalam sektor perhutanan).
2011 29 Januari 2011
Majlis Perasmian Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau oleh Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

14-15 Mac 2011
Seminar mengenai penemuan Ekspedisi Saintifik di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak 2010 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

7 Mei 2011
Cenderamata Esate, Sabah Softwoods Berhad dianugerahkan "Anugerah Ladang Bahagia" kali kedua untuk Brumas Tree Plantation Anugerah Kebangsaan untuk Majikan Ladang Yang Terbaik sempena dengan Hari Pekerja 2011.
2012 16 Jun 2012
Perasmian Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di Keningau oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.

29 Ogos 2012
Pelancaran Kajian Ethno Perhutanan Kanyon Imbak dan Bengkel Mengakses dan Mengkomersialkan Biodiversiti oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Alfred Angin, bagi pihak Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa.

15 September 2012
Lawatan oleh Duke and Duchess of Cambridge, Putera William and Catherine Middleton ke Pusat Luar Lembah Danum dan BRL.

30 Oktober 2012
RBJ sekali lagi dianugerahkan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) Pekerjaan (Sektor Perhutanan).

12 November 2012
Sabah Batik International Catwalk Fashion Show 2012 anjuran Kumpulan Yayasan Sabah dan Deanoor International diadakan di The Pacific Sutera, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.
2013 1 Julai 2013
Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad dilantik sebagai Pengarah Yayasan Sabah.

9 September 2013
Universiti Sains Malaysia (USM) menyampaikan laporan akhir Projeck InSPIRE II serta modul pengajaran dan bahan-bahan kepada Kumpulan Yayasan Sabah.

13 September 2013
Pembukaan rasmi Pusat Maklumat Ulu Kinabatangan dan Jeti oleh Encik (Datuk) Masiung Banah, Pembantu Menteri Belia dan Sukan merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri, Kuamut.

27 September 2013
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Pusat Luar Lembah Danum dan BRL.
2014 30 April 2014
Perasmian Bengkel Imbak Canyon Conservation Area Management Plan 2014-2024 Stakeholders Validation oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di The Pacific Sutera, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

10 Mei 2014
Pelancaran Kilang Minyak Sawit Seraya oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Sabah.

24-25 Jun 2014
Persidangan Serantau Pengurusan Kawasan Perlindungan dan Pengurusan Biodiversiti di Asia Tenggara dan juga Pelancaran Pelan Pengurusan Strategik Kawasan Konservasi Lembangan Maliau oleh Datuk Pang Yuk Ming, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

4 Julai 2014
Pelancaran projek Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

13-14 September 2014
Borneo BASE Jump diadakan di Menara Tun Mustapha.

17 Disember 2014
Yayasan Sabah memenangi Anugerah Kecemerlangan OSH 2014 melalui anak syarikat milik penuhnya, Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ). RBJ juga telah menerima Anugerah Kecemerlangan Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2014 di bawah kategori Perhutanan oleh Majlis Negara bagi Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di Putrajaya Marriot Hotel, Kuala Lumpur.
2015 dan seterusnya
2015 27-28 Januari 2015
Lawatan isteri Menteri Luar Thailand, Mrs. Penlaksan Patimapragorn ke Menara Tun Mustapha sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kota Kinabalu.

9 Februari 2015
Pelancaran Pelan Transformasi Strategik, Kumpulan Yayasan Sabah 2013-2023 oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

14 Mac 2015
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara University of Otago Dunedin, New Zealand dan University College Sabah Foundation (UCSF) bagi penyelidikan bersama dalam bidang pelancongan di The Magellan Sutera, Sutera Harbour Resort.

14 April 2015
Pusat Kraftangan Sabah (PKS) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tanda Reka Bentuk Barangan Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh Majlis Rekabentuk Malayia (MRM) sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Hotel Marriot, Putrajaya.

10-20 Mei 2015
Ekspedisi Saintifik 2015 di Kawasan Konservasi Pantai Silam (SCCA) anjuran Kumpulan Yayasan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Taman-Taman Sabah, Pusat Biodiversiti Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Muzium Sabah dan Institut Kajian Pembangunan Sabah bagi memperoleh lebih banyak data/maklumat bagi merangka Pelan Pengurusan Strategik.

9 Jun 2015
Persidangan Antarabangsa mengenai Ekologi Hutan Hujan, Biodiversiti dan Pemuliharaan di Borneo di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

12 Jun 2015
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman keempat antara Kumpulan Yayasan Saban dan IKEA berkenaan Projek Pemuliharaan Hutan.

20 Ogos 2015
Seminar Ekspedisi Saintifik Kawasan Konservasi Pesisiran Pantai Silam (SCCA) di Dewan Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha.

31 Ogos 2015
Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama (Sektor Swasta/Kategori Komersial) dalam Perbarisan Hari Kebangsaan.

12 Oktober 2015
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara University College Sabah Foundation (UCSF) dan STMIK Primakara, Bali Indonesia untuk pertukaran pelajar dan kerjasama akademik.

9 November 2015
Pusat Kraftangan Sabah (PKS) melalui Kristal Handal Sdn. Bhd. merupakan di antara 51 daripada 604 pengeluar batik di Malaysia menerima Pensijilan Batik Malaysia MS 692:2007 yang telah diadakan di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kota Bahru, Kelantan.
2016 4 Januari 2016
Hajah (Datuk) Rosmawati Haji Lasuki dilantik sebagai Timbalan Pengarah Yayasan Sabah/Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd.

12 April 2016
Perasmian Bangunan Resepsi dan Informasi Pesisiran Pantai Silam Shell oleh Datuk Haji (Datu) Nasrun Bin Haji (Datu) Mansur, Ahli Parlimen Silam P.188.

9 Mei 2016
Pelancaran Sambutan Jubli Emas Yayasan Sabah ke-50 oleh Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha.

15 September 2016
Kumpulan Yayasan Sabah dinobatkan sebagai gerai terbaik di bawah kategori tempatan semasa Sabah International Expo (SIE) 2016 di The Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

1 Oktober 2016
Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat pertama (Sektor Swasta/Kategori Komersial) sempena istiadat perbarisan Hari Jadi Rasmi ke-63 TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah.

4 Oktober 2016
Pelancaran Sesi Kesedaran Integriti dan Pengurusan Aduan Kumpulan Yayasan Sabah oleh Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad, Pengarah Yayasan Sabah.

6 December 2016
Pelancaran Monograf Lembah Danum "Danum Valley The Rainforest" di Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu.
Mengenai
  • Perutusan
  • Pengenalan
  • Struktur Korporat
  • Lembaga Pemegang Amanah
  • Lembaga Pengarah
  • Barisan Pengurusan
  • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
  • Logo Korporat
  • Menara Tun Mustapha
  • Visi / Misi
  • Objektif
  • Peranan
  • Fungsi
  • Nilai-Nilai Teras
  • Pencapaian
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA