Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran

SABAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SICC)
Menyedari akan kesan limpahan ekonomi yang diwujudkan daripada pelbagai aktiviti Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) kepada industri hotel, pusat membeli-belah, pengangkutan, hartanah dan perkhidmatan, Kumpulan Yayasan Sabah telah memulakan pembinaan pusat konvensyen bertaraf dunia di Kota Kinabalu yang dinamakan Sabah International Convention Centre (SICC).

Konsep reka bentuk adalah berasaskan budaya tempatan. Atrium dengan cermin memberi pengunjung pemandangan panorama Laut China Selatan di sebelah barat dan Gunung Kinabalu di sebelah timur. Ruang dalaman SICC adalah berasaskan warisan Negeri Sabah iaitu air, hutan dan gunung.

SICC akan menjadi salah satu tempat yang khusus untuk konvensyen, pameran perdagangan, bankuasi dan persidangan. Ruang persidangan dilengkapi sepenuhnya dengan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan aktiviti MICE yang dijalankan. Kepelbagaian kemudahan pameran dan konvensyen yang lengkap dengan rangkaian komunikasi bertaraf dunia serta teknologi canggih disediakan bagi memastikan penyebaran maklumat yang berkesan.

Pusat konvensyen antarabangsa ini meliputi kawasan seluas 15 ekar dengan kemudahan merangkumi lima tingkat dengan keluasan binaan 92,000 m2. Dilengkapi dengan lebih daripada 1,000 ruang letak kereta, lobi berkeluasan 1,100 m2, ruang pameran berkeluasan 5,200 m2, bilik mesyuarat dan suit VVIP, dewan konvensyen dengan keluasan 5,200 m2, Performing Arts Hall yang boleh menampung seramai 1,200 penonton, 7,000 m2 plaza terbuka serta medan makan dan minum dengan keluasan 4,000 m2 yang terletak di dalam dan di plaza di samping kemudahan-kemudahan lain.

Dijangka siap pada penghujung tahun 2018 dan beroperasi sepenuhnya pada suku pertama 2019. SICC terletak di kawasan yang strategik dalam pusat perniagaan Kota Kinabalu serta pusat tarikan pelancongan.

SICC mudah dihubungi ke pusat bandar raya (3 minit), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (20 minit), Shangri-La's Tanjung Aru Resort & Spa (15 minit), Sutera Harbour Resort (10 minit), Pusat Pentadbiran Persekutuan (15 minit), Pusat Pentadbiran Negeri (10 minit) dan Universiti Malaysia Sabah (15 minit).

Direka selaras dengan kemajuan pada masa hadapan, SICC akan menjadi salah sebuah pusat konvensyen yang terbaik yang akan diketengahkan sebagai tempat utama MICE dunia.

Dengan sokongan padu dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan, di samping rangkaian perniagaan dengan pelbagai pemain industri terkemuka, SICC bakal menyediakan keseronokan dan penuh tarikan kepada eksekutif korporat global mengenai pelbagai keindahan Negeri Sabah.

Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi & Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak & Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA