Kolej Teknologi Yayasan Sabah

Misi Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) adalah untuk menyumbang dan melengkapkan usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah melalui pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

KTYS ditubuhkan dengan objektif untuk menawarkan kursus berkaitan industri; menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar di kawasan luar bandar; melahirkan pelajar yang kompeten dan juga untuk menyediakan sumber manusia yang mahir selaras dengan keperluan negeri ini.

Bagi mencapai objektif tersebut, perkongsian pintar dengan pakar industri yang berkaitan, institusi pendidikan dan latihan diwujudkan. Bagi pembangunan modal insan, KTYS bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam memenuhi keperluan pasaran kerja.

Sehubungan dengan itu, KTYS telah mengambil pendekatan baru dalam pendidikan dengan mengguna pakai pendekatan yang berasaskan latihan kompetensi dengan menyediakan latihan pelajar dan menempatkan mereka di pasaran kerja. Objektifnya adalah untuk melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan dan juga untuk memenuhi permintaan industri.

Program Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan ialah Pengurusan Pejabat, Teknologi Automotif, Binaan Bangunan, Seni Kulinari, Pembuatan Pastri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik serta Penyejukbekuan dan Penyaman Udara.

Program Diploma yang ditawarkan ialah Teknologi Binaan Bangunan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Pengurusan Perniagaan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pengurusan Teknologi (kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Perakaunan (kerjasama dengan UTM), Pengurusan Harta Tanah (kerjasama dengan UTM), Sains Komputer (kerjasama dengan UTM), Kewangan Syariah (kerjasama dengan KUIM) dan Pengajian Islam dengan Pengurusan Sumber Manusia (kerjasama dengan KUIM). Di samping itu, KTYS juga menawarkan program Asasi Sains hasil daripada kerjasama di antara Kumpulan Yayasan Sabah bersama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Semua program diploma akademik yang dijalankan di KTYS diiktiraf sepenuhnya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); manakala program kemahiran vokasional yang dijalankan mendapat kelulusan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

KTYS juga telah dianugerahkan 4 BINTANG dalam penilaian MyQuest untuk tahun 2018/2019 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sistem Penilaian Kualiti Malaysia untuk kolej swasta atau MyQuest dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2009 untuk menilai prestasi institusi pendidikan tinggi swasta berstatus kolej di Malaysia.

Hanya kolej yang diiktiraf akan diundang untuk penilaian MyQuest. Direka untuk mendorong peningkatan kualiti di kalangan kolej, MyQuest meneliti 5 kriteria kualiti teras, iaitu Profil Pelajar, Pengiktirafan Program, Pengiktirafan Graduan, Kualiti Sumber Pelajaran dan Pengurusan Institusi.

Penarafan yang diberikan oleh MyQuest berada dalam bentuk bintang untuk tahap pencapaian seperti berikut:
  • 6 Bintang : Cemerlang
  • 5 Bintang : Hebat
  • 4 Bintang : Sangat Baik
  • 3 Bintang : Baik
  • 2 Bintang : Memuaskan
  • 1 Bintang : Tidak Memuaskan

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ktys.edu.my atau laman Facebook kami di www.facebook.com/ktyssabah

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknologi Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan Agro
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA