Pengenalan
Yayasan Sabah, kini secara operasinya dirujuk sebagai Kumpulan Yayasan Sabah telah ditubuhkan melalui Enakmen No. 8, Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1966. Tokoh di sebalik penubuhan Yayasan Sabah adalah Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun, Bapa Kemerdekaan Negeri Sabah yang mana wawasan beliau adalah untuk menggalakkan kesedaran Malaysia di kalangan rakyat di Negeri Sabah. Objektif penubuhan Yayasan Sabah adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk rakyat Malaysia di Sabah; mewujudkan peluang untuk pengagihan kekayaan ekonomi yang lebih saksama di kalangan rakyat Negeri Sabah; dan menyediakan bantuan kepada institusi kebajikan dan mangsa-mangsa bencana alam.

Setelah sekian lamanya, Kumpulan Yayasan Sabah telah mempelbagaikan aktivitinya demi memenuhi keperluan masa kini disamping memelihara dengan baik hutan di bawah jagaannya. Daripada penglibatan awal dalam aktiviti pembalakan kemudian ke pemprosesan hiliran kayu, Kumpulan Yayasan Sabah menceburi perladangan agro, hospitaliti dan pelancongan, perkapalan dan pembangunan hartanah pada tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan. Dalam sedekad yang lalu, Kumpulan Yayasan Sabah meneroka bidang bioteknologi dan hortikultur selain perikanan dan industri makanan.

Dalam masa lima tahun yang lalu, bagi memenuhi permintaan global dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar, Kumpulan Yayasan Sabah menceburi industri minyak dan gas selain Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).

Setelah 50 tahun penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah telah berkembang maju mencapai objektifnya untuk menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang memerlukan dan juga bagi pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Kumpulan Yayasan Sabah telah menyediakan geran pelancaran untuk Institut Teknologi MARA di Sembulan, Kota Kinabalu pada tahun 1973, yang kini menempatkan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS). Selain daripada itu, Kumpulan Yayasan Sabah juga berbangga kerana telah memberikan geran pelancaran untuk kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia Sabah di Limauan, Kinarut pada tahun 1974. Pada tahun 1995, Kumpulan Yayasan Sabah telah membina sebuah kampus kolej untuk kegunaan sementara Universiti Malaysia Sabah di Likas, bersebelahan dengan Menara Tun Mustapha. Penubuhan University College Sabah Foundation (UCSF) pada tahun 2013 merupakan satu lagi kejayaan Kumpulan Yayasan Sabah dalam mengembangkan peranannya dalam bidang pendidikan. Dijenamakan sebagai "Universiti Hijau", UCSF berpegang kepada prinsip di mana generasi akan datang perlu bergantung kepada pemahaman yang mendalam mengenai isu-isu yang saling berkaitan yang kita hadapi pada hari ini bagi mendapat petunjuk ke arah kehidupan lestari.

Selain daripada menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah juga menjalankan Program Pembangunan Masyarakat di enam Pejabat Zon. Menerusi program ini, masyarakat tempatan terutamanya suri rumah, pesara, belia yang tidak bekerja dan ibu tunggal didedahkan kepada kaedah-kaedah baru dalam memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Sebagai penggalak pemuliharaan hutan, Kumpulan Yayasan Sabah memperuntukkan lima kawasan konservasi iaitu Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Pesisiran Pantai Silam dan Sungai Taliwas.

Di rantau Asia Tenggara, Kumpulan Yayasan Sabah mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam pengurusan hutan mapan dan pemimpin dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Di samping itu, Kumpulan Yayasan Sabah juga dikenali di seluruh dunia sebagai pengeksport kultur tisu kayu jati yang berkualiti.

Berpegang teguh kepada misinya iaitu untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, Pengurusan telah merangka satu pelan yang menyeluruh iaitu Program Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2013-2023. Program ini merangkumi 11 inisiatif iaitu e-Perpustakaan, Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB), Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR), Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Pusat Pembangunan Pendidikan Kanak Kanak (3PKK), GradSkill, Program Pembangunan Masyarakat (PPM), Sukarelawan Yayasan Sabah, Desa Budaya Rakyat dan YS Niaga. Melalui program ini, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memperkasa serta meningkatkan taraf kehidupan rakyat terutamanya dalam bidang pendidikan, sosiobudaya dan sosioekonomi.

Sebagai tunggak harapan, sehingga kini, Kumpulan Yayasan Sabah kekal menjadi sebuah organisasi RAKYAT dan akan terus bergerak maju demi menjadi yang terbaik dari yang terbaik. Di rantau Asia Tenggara, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengukuhkan kedudukannya sebagai perintis dalam pengurusan hutan mapan dan pemimpin dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Di samping itu, Kumpulan Yayasan Sabah juga dikenali di seluruh dunia sebagai pengeksport kultur tisu kayu jati yang berkualiti.

Berpegang teguh kepada misinya iaitu untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah telah merangka satu program yang menyeluruh iaitu Program Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2013-2023. Program ini merangkumi 11 inisiatif iaitu e-Perpustakaan, Program Desa Cemerlang dan Berinovasi (PDCB), Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR), Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Pusat Kraftangan Sabah (PKS), Pusat Pembangunan Pendidikan Kanak Kanak (3PKK), GradSkill, Program Pembangunan Masyarakat (PPM), Sukarelawan Yayasan Sabah, Desa Budaya Rakyat and YS Niaga. Melalui program ini, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus memberi pemberdayaan demi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat terutamanya dalam bidang pendidikan, sosiobudaya dan sosioekonomi.

Sebagai obor harapan, Kumpulan Yayasan Sabah sehingga kini kekal sebagai organisasi RAKYAT dan akan terus bergerak maju untuk menjadi antara yang terbaik.
Mengenai
  • Perutusan
  • Pengenalan
  • Struktur Korporat
  • Lembaga Pemegang Amanah
  • Lembaga Pengarah
  • Barisan Pengurusan
  • Logo Korporat
  • Menara Tun Mustapha
  • Visi / Misi
  • Objektif
  • Peranan
  • Fungsi
  • Nilai-Nilai Teras
  • Pencapaian
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA