Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
Pengenalan
Sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada negeri Sabah dan rakyatnya tidak terhad kepada pendidikan dan pembangunan sosial sahaja. Dalam sektor komersial dan perindustrian, Kumpulan Yayasan Sabah turut diiktiraf sebagai perintis, pemimpin, inovator dan fasilitator pertumbuhan.

Innoprise Corporation Sdn. Bhd. (ICSB) telah diperbadankan pada tahun 1988 sebagai jentera pelaburan, pengurusan dan syarikat pemegang bagi anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah. Misinya 'Untuk menjadi jentera pelaburan anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah buat masa depan yang cerah kepada rakyat Malaysia di Sabah' jelas menyampaikan mesej mengenai komitmen teguh Kumpulan Yayasan Sabah memenuhi objektif korporatnya iaitu menokok tambah usaha kerajaan untuk membawa kemajuan sosioekonomi rakyat Malaysia di Sabah.

Untuk mengekalkan peranannya sebagai penjana dana utama Kumpulan Yayasan Sabah, ICSB telah memperluaskan asas penjanaan pendapatan daripada sektor perhutanan dan berasaskan kayu kepada pelbagai perniagaan yang lebih produktif seperti pelancongan, agropeladangan serta minyak, gas dan tenaga.
Objektif
  • Kewangan
    Untuk meneruskan kelestarian kedudukan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah yang dapat membiayai operasi dan program sosial menerusi strategi berikut: -
    • Mewujudkan atau membangunkan aset kewangan yang kukuh yang membawa pulangan yang baik dan konsisten, aliran tunai dan pembayaran dividen kepada Kumpulan Yayasan Sabah.
    • Melaksanakan pembahagian aset yang berhemat berdasarkan kekuatan Kumpulan Yayasan Sabah dan peluang luaran yang membawa hasil dan pertumbuhan kepada aset dan pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah.
    • Mengenal pasti dan memperoleh aset kewangan baharu yang berpotensi, pelaburan, atau perniagaan sebagai penyumbang keuntungan masa hadapan kepada Kumpulan Yayasan Sabah dan / atau untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
    • Memantau dan mengkaji prestasi portfolio aset dan pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah agar hasil dan kadar pertumbuhan yang memuaskan.
    • Mengkaji, merasionalisasi, dan menyusun semula portfolio aset dan pelaburan Kumpulan Yayasan Sabah agar mempunyai prestasi dan pertumbuhan yang lebih baik terhadap kedudukan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah.
  • Pelaburan
    Untuk mencapai pulangan kewangan yang maksima dengan risiko yang boleh diterima melalui strategi berikut: -
    • Mengkaji dan mengklasifikasikan semula perniagaan teras dan sektor utama berdasarkan kekuatan Kumpulan Yayasan Sabah dan peluang luaran serta kesannya terhadap kedudukan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah.
    • Menilai dan mentransformasikan syarikat-syarikat Kumpulan Yayasan Sabah yang tidak kos efektif kepada sebuah entiti yang mapan dari segi kewangan.
    • Meneroka dan mentransformasikan pusat kos yang tidak kos efektif kepada sebuah entiti yang mapan dari segi kewangan.
    • Meneroka dan mentransformasikan aset yang tidak kos efektif seperti bank tanah ke aset yang menjana pendapatan lestari.
    • Mengenal pasti dan meneroka perniagaan baharu yang berpotensi dan membuat pelaburan baharu berdasarkan impak syarikat berkenaan kepada kedudukan kewangan Kumpulan Yayasan Sabah serta keutamaan dan kekuatan Kumpulan Yayasan Sabah.
  • Operasi
    Untuk mencapai tahap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti yang tinggi.
  • Pemasaran
    Untuk mencapai pertumbuhan pasaran dan kepelbagaian dalam pasaran tempatan dan luar negara bagi produk-produk hasil laut, kraf tangan, pelancongan dan hartanah ICSB.
  • Sumber Manusia
    Untuk mencapai tahap integriti yang tinggi, cekap, berkesan dan profesional dalam kalangan stafnya.
  • Penyelidikan dan Pembangunan
    Untuk menjadi peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan kelapa sawit, penanaman semula hutan, konservasi, kelestarian alam sekitar, bioteknologi dan agroperikanan.
Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Agroperladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan dan Industri Makanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA