Perhutanan
Berikutan penubuhannya, Kumpulan Yayasan Sabah telah diperuntukkan kawasan konsesi untuk diuruskan berasaskan hasil yang mapan.

Dalam menguruskan kawasan ini, Kumpulan Yayasan Sabah sedar akan kewajipan untuk menjalankan program-program sosial dan tanggungjawab alam sekitar untuk generasi akan datang.

Ke arah usaha ini, Kumpulan Yayasan Sabah berusaha untuk mengurus tanah hutan secara bersepadu dan lestari, bagi manfaat terbesar jangka masa panjang rakyat. Oleh itu, ia akan terus mengguna pakai amalan pengurusan hutan yang baik, yang selaras dengan dasar-dasar pembangunan perhutanan Negeri dan Kebangsaan dan undang-undang yang dilaksanakan selama ini.

Anak syarikat milik penuhnya, Rakyat Berjaya Sdn. Bhd. (RBJ) menguruskan kawasan konsesi hutan. Sesuai dengan arahan Jabatan Perhutanan Sabah mengenai Pensijilan Hutan menjelang tahun 2016, RBJ menyasarkan dua integrasi Mosaic Forest Restoration dan Enrichment Planting dalam FMU 15 dan 16 sebagai kawasan awal pensijilan. Skim pensijilan yang akan digunakan ialah Malaysia Timber Certification Council (MTCC) yang menggunakan piawaian Malaysia Criteria & Indicators (MC&I).

Kumpulan Yayasan Sabah merupakan organisasi pertama di Sabah yang telah dianugerahkan kenyataan Pengesahan Pematuhan Perundangan (VLC) untuk FMU 15 dan 16 dari Rainforest Alliance of New York di bawah Program Smartwood pada 26 Mei 2010.

Memperakui kepentingan mengamalkan budaya kerja yang baik, Kumpulan Yayasan Sabah telah mengambil langkah seterusnya dengan menyertai Program Mentor-Mentee di bawah Pelan OSH MP 15 yang ditubuhkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). RBJ adalah mentor dan mentee pula terdiri daripada para kontraktor pembalakan dan sub-kontraktor masing-masing.

Sebagai mentor, RBJ telah melaksanakan latihan dan bimbingan yang sesuai mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan garis panduan dari DOSH. Setakat ini, RBJ telah membimbing tujuh syarikat yang berkaitan perhutanan dan dua syarikat bukan berkaitan perhutanan sejak tahun 2009. Hasil daripada program mentor-mentee ini sangat menggalakkan di mana kontraktor kini boleh menjadi mentor untuk sub-kontraktor mereka sendiri di OSH dan juga dapat membangunkan dan mengendalikan program OSH mereka sendiri.

RBJ telah dianugerahkan Pensijilan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) daripada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Sektor Perhutanan selama sepuluh tahun berturut-turut sejak 2006.

Lanjutan dari itu, RBJ dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah, telah memulakan satu komitmen selama lima tahun dalam pelaksanaan audit bebas oleh pihak ketiga untuk kaedah Pengurangan Kesan Pembalakan (RIL) / operasi Pelan Penuaian Komprehensif. RIL diaplikasikan dalam usaha agar kawasan konsesi dapat dioptimumkan dengan tidak menjejaskan persekitaran hutan.

RBJ bersama Jabatan Perhutanan Sabah menguruskan Hutan Simpan Ulu Segama dan Malua di bawah Pengurusan Hutan Mapan dengan keluasan 241,098 hektar.

Kawasan ini merupakan salah satu hutan yang terbesar di bahagian tenggara Sabah serta kaya dengan flora dan fauna yang menjadikan ia khazanah yang tidak ternilai.

Satu lagi projek utama di dalam Hutan Simpan Malua adalah penubuhan Bank Pemuliharaan Habitat Hidupan Liar Malua dengan objektif utama untuk menyokong pemuliharaan hutan bagi mewujudkan sebuah bank pemuliharaan habitat hidupan liar yang boleh beroperasi secara komersial.

Innovision (PNG) Ltd. terlibat dalam operasi pembalakan di Papua New Guinea. Sebahagian besar kayu yang dituai dieksport sebagai kayu balak, manakala selebihnya diproses menjadi kayu gergaji. Syarikat ini berhasrat untuk membangunkan industri hutan bersepadu di Papua New Guinea dalam jangka masa sederhana dan panjang.

PERMULIHAN DAN PERLADANGAN HUTAN

Kumpulan Yayasan Sabah juga menjalankan projek pemulihan melalui penanaman mozaik di kawasan hutan ternyahgred yang dikenal pasti.

Dua aktiviti utama pemulihan hutan dan perladangan ialah perladangan getah dan perladangan kayu industri di Pusat Perhutanan Luasong, Tawau.

PERLADANGAN KAYU INDUSTRI

Perladangan Kayu Industri terletak di Hutan Simpan Kalabakan dan Hutan Simpan Gunung Rara yang terletak di bawah Unit Pengurusan Hutan 26 (FMU 26). Objektif menanam Perladangan Kayu Industri adalah untuk meningkatkan produktiviti kawasan ini dengan menanam spesies pokok yang cepat matang seperti Acacia mangium. Kawasan yang dikenal pasti untuk Perladangan Kayu Industri ialah 4,046 hektar, walau bagaimanapun, hanya 37% dapat dibangunkan berdasarkan kesesuaian tanah untuk perladangan. Sehingga Disember 2015, kira-kira 1,500 hektar telah ditanam dengan Acacia mangium, Acacia hibrid, Tectona grandis (Teak) dan Eucalyptus deglupta.

PERLADANGAN GETAH

Perladangan Getah dijalankan di kawasan Unit Pengurusan Hutan 26 (FMU 26), di Hutan Simpan Kalabakan, Luasong, Tawau, terutamanya untuk industri kayu dan susu getah.

Sehingga Disember 2015, kira-kira 2,000 hektar telah ditanam dengan klon getah dan 25% daripada kawasan tersebut kini boleh ditoreh.

Nurseri Getah Luasong telah menghasilkan anak benih getah dari Timber Latex Clone (TLC) untuk kegunaan sendiri. Nurseri ini mempunyai 18 klon yang telah disahkan dan diiktiraf oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak dan Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA