Perikanan dan Industri Makanan

Inno Resource Development Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Inno Fisheries Sdn. Bhd.), ditubuhkan untuk meneroka potensi dan peluang perniagaan dalam industri berasaskan pertanian melalui perkongsian pintar; pembangunan pekerja mahir/petani kontrak/usahawan melalui latihan bagi menyokong industri dan menggalakkan pembangunan sosioekonomi berasaskan pertanian.

Inno Resource Development Sdn. Bhd. telah meneroka usaha secara strategik melalui:

Projek Batu Karang (Semporna)
Projek ini merupakan projek perintis pengkomersialan batu karang hidup bagi memenuhi permintaan hiasan marin yang kian meningkat di seluruh dunia. Pengkulturan batu karang telah membuktikan kejayaan dalam usaha membekalkan spesies batu karang lembut dan keras secara mapan.

Didapati batu karang yang dikultur lebih mudah menyesuaikan diri dalam akuarium berbanding batu karang liar. Projek ini telah memperolehi permit eksport Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) bagi penjualan batu karang hidup yang dikultur memandangkan ia telah memenuhi syarat yang telah dikeluarkan oleh badan tersebut. Projek ini juga menyediakan perkhidmatan rehabilitasi terumbu karang bagi pengekalan ekosistem pesisir pantai.

Projek ini telah diperluaskan kepada ikan hiasan marin untuk peminat akuarium dan mendapatkan permit bagi penjualan ikan hiasan termasuk permit import makanan anak ikan.
Pitas Shrimp Park (Pitas)
Sunlight Inno Seafood Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama di antara Inno Resource Development Sdn. Bhd. dengan Sunlight Seafood (Sabah) Sdn. Bhd., sebuah syarikat di bawah Sunlight Group (pengeluar udang dari Perak, Malaysia), adalah pelaksana bagi projek Pitas Shrimp Park yang memberi tumpuan kepada penternakan spesies udang Pacific White atau Whiteleg. Projek ini melibatkan pusat penetasan, makmal Penyelidikan dan Pembangunan, kolam penternakan udang dan juga sebuah pusat latihan.

Selain daripada itu, projek ini turut memberi peluang kepada pembangunan usahawan tani (petani kontrak) melalui latihan dan sokongan teknikal.
Projek Perintis Akuakultur Kerang/Kekapis (Silam)
Sebuah projek perintis akuakultur kerang/kekapis di antara Inno Resource Development Sdn. Bhd. dan Borneo Scallops Sdn. Bhd. (dengan kerjasama pengeluar dan pemproses kerang/kekapis dari Negara Cina) dilaksanakan di perairan Silam, Lahad Datu bagi menilai kesesuaian pengkulturan kekapis secara komersial dengan menggunakan spesies kekapis hibrid. Pengkulturan fasa pembesaran ini dilaksanakan secara menegak dengan menggunakan sistem rawai (longline) dan jaring lantern.

Hasil yang positif dari projek perintis ini akan membawa kepada usaha sama pengkulturan kekapis secara komersial bagi pasaran domestik dan untuk tujuan eksport.
Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak dan Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA