Soalan Lazim
Soalan 1
Saya berminat untuk berkunjung ke kawasan konservasi Kumpulan Yayasan Sabah seperti Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak, Pesisiran Pantai Silam dan Sungai Taliwas. Siapakah yang harus saya hubungi?
Jawapan
Anda boleh menghubungi Bahagian Konservasi & Pengurusan Alam Sekitar, Kumpulan Yayasan Sabah di talian +(60) 88 326320 (Pejabat) dengan Puan Dinisiah/Puan Rosnita pada waktu pejabat atau emel kepada yscemd@gmail.com atau anda boleh menghubungi syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Borneo Refugia Sdn. Bhd. pada waktu pejabat dengan Puan Ann Otigil di talian +(60) 88 326317 (Pejabat) atau emel info@borneorefugia.com.
Soalan 2
Saya berminat untuk berkunjung ke Borneo Rainforest Lodge. Siapakah yang harus saya hubungi?
Jawapan
Anda boleh menghubungi syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. pada waktu pejabat di talian +(60) 88 267637 (Pejabat Kota Kinabalu) atau layari laman web http://www.borneonaturetours.com
Soalan 3
Bagaimanakah saya boleh membuat tempahan di Usukan Cove Lodge dan Pulau Pandan Pandan?
Jawapan
Anda boleh menghubungi syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Inno Travel & Tour Services Sdn. Bhd. pada waktu pejabat di talian +(60) 88 212828 / 212844 atau +6(01) 6 8306023 atau layari laman web di http://www.usukancove.sabahholidays.com
Soalan 4
Ya, walaupun di Pusat Lapangan Lembah Danum melayani terutamanya penyelidik dan peserta kursus program/bidang pendidikan alam sekitar, pelancong dan pelawat adalah dialu-alukan untuk mengunjungi pusat tersebut.
Jawapan
Tidak, hanya mereka yang ingin menjalankan penyelidikan sahaja boleh menginap di Pusat Luar Lembah Danum.
Soalan 5
Saya berminat untuk mendaftar sebagai ahli Kelab Pencinta Alam Sabah. Bagaimanakah saya boleh mendaftar?
Jawapan
Pada masa ini, keahlian SNC ini hanya dibuka kepada pelajar (dan guru-guru) di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi seluruh Sabah. Untuk menjadi ahli, sekolah atau institusi diperlukan untuk menghantar borang permohonan yang lengkap kepada Urusetia untuk pendaftaran. Berikutan kepada beberapa pertanyaan daripada orang ramai yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti SNC, Sekretariat SNC telah mula mendaftar sukarelawan atau "Sahabat Kelab Pencinta Alam Sabah". Anda boleh menghubungi ke Kelab Pencinta Alam Sabah, di +(60) 88 326392 pada waktu pejabat.
Soalan 6
Kami adalah sebuah NGO dan ingin bekerjasama dengan Kumpulan Yayasan Sabah untuk program-program sosial yang akan datang. Siapakah yang boleh kami hubungi?
Jawapan
Anda boleh mengemukakan pertanyaan atau cadangan melalui borang maklum balas dalam talian kami. Soalan anda akan dikemukakan kepada pejabat yang berkenaan untuk menjawab pertanyaan anda dengan seberapa segera.
Soalan 7
Saya berminat dengan produk batik dan kraftangan Sabah. Di manakah saya boleh membeli batik dan produk kraftangan tersebut?
Jawapan
Anda boleh membeli kedua-dua produk tersebut di Galleria Artisan yang terletak di Menara Tun Mustapha dan di Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di Keningau. Anda juga boleh menghubungi Galleria Artisan pada waktu pejabat di talian +(60) 88 326700 atau PKS, Keningau di talian +(60) 87 332186.
Soalan 8
Saya berminat untuk menempah kemudahan sukan (contohnya, futsal dan gelanggang badminton) di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah. Siapakah yang saya perlu hubungi?
Jawapan
Anda boleh menghubungi syarikat milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah, Innoprise Capital Sdn. Bhd di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, di talian +(60) 88 326425 / +(60) 88 32634 (waktu pejabat) atau +(60) 11 10886425 / +(60) 11 10706343.
Soalan 9
Saya berminat untuk menempah dewan auditorium, teater mini dan kemudahan lain di Ibu Pejabat Kompleks Yayasan Sabah. Siapakah yang saya perlu hubungi?
Jawapan
Anda boleh menghubungi syarikat milik penuh kami, Innoprise Capital Sdn. Bhd. di talian +(60) 88 326425 / +(60) 88 326343 (waktu pejabat) atau +(60) 11 10886425 / +(60) 11 10706343.
Soalan 10
Saya berminat untuk memohon pekerjaan di Kumpulan Yayasan Sabah. Siapakah yang harus saya hubungi?
Jawapan
Sila hubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia pada waktu pejabat di talian +(60) 88 326300.
Soalan 11
Saya seorang pelajar universiti. Bagaimanakah saya boleh memohon sebagai pelajar pelatih dengan Kumpulan Yayasan Sabah?
Jawapan
Anda boleh menghubungi Unit Pembangunan Sumber Manusia pada waktu pejabat di talian +(60) 88 326300.
Soalan 12
Di manakah saya boleh memohon Nombor Pin untuk pinjaman / biasiswa Kumpulan Yayasan Sabah?
Jawapan
Nombor Pin boleh didapati di Bahagian Pembangunan Pendidikan pada waktu pejabat di talian +(60) 88 326402 dan di semua Pejabat Zon Yayasan Sabah:

  • Zon Pantai Barat Utara (Kota Marudu): +(60) 88 662137
  • Zon Pantai Barat Selatan (Kota Kinabalu): +(60) 88 326300
  • Zon Pedalaman Utara (Keningau): +(60) 87 312106
  • Zon Pedalaman Selatan (Beaufort): +(60) 87 221654
  • Zon Pantai Timur Selatan (Sandakan): +(60) 89 210580
  • Zon Pantai Timur Utara (Tawau): +(60) 89 759805
  • UTC Kota Kinabalu: +(60) 88 251541
Sila dapatkan Nombor Pin sebelum mengakses link PERMOHONAN ONLINE TAJAAN YAYASAN SABAH pada laman web korporat Kumpulan Yayasan Sabah http://www.yayasansabahgroup.org.my
Soalan 13
Bilakah tarikh tutup untuk memohon pinjaman / biasiswa bagi pelajar institusi pengajian tinggi?
Jawapan
Permohonan pinjaman / biasiswa akan dibuka selepas keputusan STPM /SPM keluar, iaitu dari bulan Mac hingga akhir bulan April.
Soalan 14
Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan pinjaman / biasiswa saya?
Jawapan
Anda boleh menyemak status permohonan pinjaman / biasiswa di laman web korporat Kumpulan Yayasan Sabah http://www.yayasansabahgroup.org.my dengan menggunakan nama penuh (seperti dalam Kad Pengenalan), Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Pin. Selain itu, anda juga boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Pendidikan pada waktu pejabat di talian +(60) 88 326402.
Soalan 15
Apakah perbezaan di antara Kolej Teknikal Yayasan Sabah dan University College Sabah Foundation?
Jawapan
Kolej Teknikal Yayasan Sabah (www.ktys.edu.my) menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun di samping kursus-kursus jangka pendek dan diuruskan oleh KKYS Sdn. Bhd. Manakala University College Sabah Foundation (www.ucsf.edu.my) menawarkan kursus-kursus Ijazah Sarjana Muda dan diuruskan oleh Uni YS Sdn. Bhd. Kedua-dua institusi ini adalah milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah.
Media
  • Siaran Akhbar
  • Berita Semasa
  • Aktiviti
  • Galeri Foto
  • Galeri Video
  • Penerbitan
  • Soalan Lazim
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA