Logo Yayasan Sabah

Logo yang berbentuk heksagon ini merangkumi titik besar yang disokong oleh dua keluk selari di kedua belahnya. Rekaan yang berwarna coklat ini memaparkan keseluruhan matlamat Yayasan Sabah dan juga Kerajaan Negeri untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat di Negeri Sabah, terutamanya dalam bidang pendidikan dan sosial.


Mencorakkan bentuk manusia

Topi graduan

Corak asasnya membentuk manusia mewakili rakyat Negeri Sabah manakala kawasan berwarna putih yang meliputi titik besar adalah simbolik topi graduan (mortar board) untuk mencerminkan keutamaan yang diberi oleh Yayasan Sabah dalam pendidikan.


Hujung Panah

Bahagian atas logo ini dengan bentuk seperti hujung anak panah melambangkan hasrat dan keupayaan Yayasan Sabah dalam membawa kemajuan melalui usaha-usahanya.


Penjuru segi enam

Bentuk penjuru segi enam atau heksagon pula menunjukkan kepelbagaian peranan Yayasan Sabah dalam pembangunan Negeri Sabah.
Mengenai
  • Perutusan
  • Pengenalan
  • Struktur Korporat
  • Lembaga Pemegang Amanah
  • Lembaga Pengarah
  • Barisan Pengurusan
  • Logo Korporat
  • Menara Tun Mustapha
  • Visi / Misi
  • Objektif
  • Peranan
  • Fungsi
  • Nilai-Nilai Teras
  • Pencapaian
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Likas Bay
P. O. Box 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA