Perkembangan Kanak-Kanak
Kumpulan Yayasan Sabah merupakan salah satu peneraju pembangunan pendidikan di Sabah dengan usaha yang bermula di peringkat prasekolah. Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Perkembangan Kanak-Kanak menawarkan Program Prasekolah seperti taska, tadika kelas transisi di samping prasekolah luar bandar. Dengan objektif untuk memastikan peningkatan pendidikan prasekolah dan pertumbuhan serta perkembangan awal kanak-kanak (1-12 tahun) khususnya di Negeri Sabah. Pada masa ini, Kumpulan Yayasan Sabah mempunyai 22 buah tadika luar bandar di Sabah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah tuisyen untuk sekolah rendah, program cuti sekolah dan program sokongan untuk kanak-kanak tadika/sekolah rendah. Selain itu, Kumpulan Yayasan Sabah juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Sekolah Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam melaksanakan projek Integrated System Programmed Instruction for Rural Environment (InSPIRE) yang dilaksanakan secara eksklusif di Negeri Sabah. Melalui Projek InSPIRE, kesemua bahan dan modul pengajaran direka khusus untuk keperluan pelajar sekolah rendah di kawasan luar bandar.

Sejak tahun 2000, Kumpulan Yayasan Sabah telah menerbitkan buku bacaan/bergambar kanak-kanak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (rumi, jawi dan terjemahan dalam Bahasa Arab). Pada tahun 2012, DVD koleksi lagu kanak-kanak telah dihasilkan. Manakala pada tahun 2013, Buku Panduan Penubuhan Pusat Prasekolah diterbitkan.

Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak dan Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA