Pembangunan Kapasiti

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) di Keningau telah menjadi mercu tanda bagi pembangunan industri kraftangan di negeri ini. Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam membangunkan masyarakat luar bandar di Negeri Sabah bagi menjana pendapatan mereka dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Fungsi utama PKS adalah untuk membangunkan warisan kraftangan etnik di negeri ini selain menjadi pusat penggumpulan kraftangan, latihan, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan kraftangan. PKS juga bertindak sebagai rakan usaha sama dalam pembangunan dan promosi kraftangan di dalam dan luar negara serta menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan konsep 'Satu Daerah Satu Industri'.

Dengan pembinaan kompleks bernilai RM30 juta ini, peluang pekerjaan dan limpahan peluang ekonomi telah diwujudkan terutamanya di kawasan luar bandar. Tiga aspek pembangunan yang ditekankan oleh PKS adalah Pengurusan Kraftangan dan Kepimpinan Keusahawanan, Reka Bentuk Kraf dan Aplikasi Mesin, serta Pembangunan Seni.

Kumpulan Yayasan Sabah juga turut bekerjasama dengan pereka kraftangan yang berpotensi untuk meletakkan PKS di barisan hadapan dalam pembangunan kraftangan di negeri ini. Menerusi kerjasama tersebut, para belia didedahkan dengan ilmu pengetahuan dalam menghasilkan batik yang berkualiti tinggi.

Sejak penubuhannya, PKS telah mewujudkan platform yang teguh di pasaran bagi menjadikan ia jenama yang berdaya saing. Pada tahun 2014, PKS telah mendapat pengiktirafan Malaysia Good Design Mark oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (Sebuah agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) yang mana merupakan pengiktirafan tertinggi untuk rekabentuk dan keluaran produk yang berkualiti. Melalui syarikat pemasarannya, Kristal Handal Sdn. BHd. (KHSB), PKS merupakan satu-satunya pengeluar batik yang diiktiraf di Sabah dan antara 51 pengusaha batik di negara ini yang menerima pengiktirafan Batik Malaysia MS 692: 2007 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada November 2015.

Sehingga kini, lebih daripada 20,000 orang telah mendapat manfaat daripada program-program kraftangan yang dianjurkan oleh Kumpulan Yayasan Sabah melalui Pejabat-pejabat Zon dan PKS sendiri.

PKS bergerak selangkah ke hadapan lagi dengan penubuhan Galleria Artisan. Bilik pameran dan kedai jualan ini merupakan cabang pemasaran PKS yang beroperasi di Menara Tun Mustapha. Galleria ini memaparkan konsep kraf dan seni yang mengagumkan, sebagai suatu usaha untuk pengalaman konvensional dan kontemporari.

Galleria Artisan ini telah dirasmikan pada 9 Mei 2016 sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Yayasan Sabah. PKS melancarkan buku pertama yang mendokumenkan produk kraf dan seni bertajuk, 'Sabah Crafts' pada tahun 2016. Pada 6 Februari 2018, Galleria Artisan, menerima Sijil Pengiktirafan Akreditasi Perniagaan Saksama Dalam Pelancongan (Kraftangan dan Cenderakenangan) dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada majlis yang diadakan di Teater Tun Hamdan, Menara Tun Mustapha sebagai pengiktirafan kepada syarikat perniagaan atau perkhidmatan pelancongan yang mengamalkan aspek akauntabiliti dan kesaksamaan dalam perniagaan.

Pada 24 Mac 2018 Pusat Kraftangan Sabah (PKS) mengukir nama dalam Malaysia Book of Records dengan menghasilkan 2,583.8 meter panjang batik lukis/canting tangan terpanjang di Malaysia. PKS bekerjasama dengan enam buah sekolah iaitu SM St. Francis Xavier Keningau, SMK Gunsanad, SMK Gunsanad 2, SMJK Ken Hwa, SMK Keningau bersama Kolej Vokasional Keningau, Persatuan Seni Visual Sabah, Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF).

Waktu operasi

  • Isnin hingga Jumaat: 8:00 pagi - 5:00 petang
  • Sabtu: 8:00 pagi - 1:00 tengah hari
  • Ahad/Cuti Umum: Tutup

  1. Batik Tekstile boleh didapati di Galleria Artisan (Tenunan Dastar, Sulaman/Menjahit Kotak, Hadiah dan Folder)
  2. Hasil Rimba (Ukiran Kayu, Pembuatan Perabot dan Anyaman Buluh, Rotan Dan Ribu-Ribu)
  3. Hasil berasaskan tanah (Seramik dan Hydrostone)
Aktiviti

Sosial

  • Program Pembangunan Masyarakat
  • Pejabat Zon
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak dan Gas
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

Telefon: +(60) 88 326300
Faksimile: +(60) 88 326424
Emel: ysinfo@ysnet.org.my
Alamat: Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA