Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens

Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens telah dirasmikan pada 6 Jun 1980 bagi memperingati sumbangan dan perjuangan Allahyarham Tun Haji Mohd. Fuad Stephens untuk membangunkan dan meningkatkan taraf kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, terutamanya dalam meningkatkan bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan.

Demi tidak menduplikasikan peranan Perpustakaan Negeri Sabah dan perpustakaan akademik lain di Sabah, penubuhan perpustakaan penyelidikan ini menjadi realiti hasil usaha Jabatan Penyelidikan Yayasan Sabah pada masa itu dengan sokongan sebuah jawatankuasa sementara yang terdiri daripada Ketua Perpustakaan Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA), Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah dan Muzium Negeri Sabah.

Perpustakaan ini berfungsi sebagai pusat sumber yang unik di Asia Tenggara mampu menyalurkan maklumat dalam pelbagai bidang terutamanya topik yang berkaitan dengan Borneo, sama ada terus daripada sumber sendiri atau dari perpustakaan lain. Perpustakaan ini juga berfungsi sebagai rujukan, maklumat dan sumber penyelidikan terutamanya untuk Kumpulan Yayasan Sabah, pembuat dasar kerajaan dan perancang, kumpulan profesional serta pelajar pelbagai peringkat pendidikan.

Selaras dengan objektif Kumpulan Yayasan Sabah, perpustakaan ini terus berusaha memperbaiki perkhidmatannya untuk memenuhi permintaan maklumat para pengguna. Dengan staf yang terlatih, peralatan moden dan persekitaran yang mesra, perpustakaan ini menyediakan koleksi maklumat yang pelbagai dan teratur untuk semua pengguna.

Perpustakaan ini terbuka kepada orang awam dengan yuran keahlian yang minimum untuk pendaftaran bagi peminjaman buku.

Maklumat Perhubungan
Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Beg Berkunci 190
88996 Kota Kinabalu, Sabah
MALAYSIA

Telefon No.: +(60) 88 326300 / +(60) 88 326489
E-mel: library@ysnet.org.my
Laman Web: www.yayasansabahgroup.org.my
Waktu operasi
Isnin hingga Jumaat: 8:30 pagi - 5:00 petang
Sabtu/Ahad/Cuti Umum: Tutup

Pautan Perpustakaan
Virtua ILS Pangkalan Data
Penyelidikan Program Sosioekonomi
Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kumpulan Yayasan Sabah bertujuan untuk mewujudkan sebuah organisasi yang berasaskan pengetahuan bagi memperkasakan rakyat.

Program-programnya merangkumi penyelidikan asas dan penyelesaian masalah mengenai isu-isu utama yang berkaitan dengan keperluan negeri dan negara.

Program-program ini dijalankan melalui kerjasama yang aktif dengan institusi lain yang berkaitan.
Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA