Bioteknologi dan Hortikultur

YSG Bioscape Sdn Bhd, yang dikonsolidasikan pada tahun 2017 daripada dua anak syarikat, YSG Biotech Sdn Bhd dan YSG Landscape Services Sdn Bhd, terlibat dalam aktiviti berkaitan tumbuhan dari pengkulturan tisu ke reka bentuk landskap. Pengkulturan spesies hutan menggunakan kaedah in-vitro telah menjadi aktiviti komersial teras syarikat ini.

Bersama-sama dengan CIRAD (sebuah organisasi R & D Perancis), lebih daripada dua dekad penyelidikan mengenai penggunaan klon kayu jati untuk tujuan perladangan perhutanan telah dijalankan sekaligus menjadikan reputasi syarikat ini sebagai pembekal bahan penanaman berkualiti di peringkat global. Makmalnya pada masa ini mempunyai potensi pengeluaran maksima 1.5 hingga 2 juta tumbuhan setiap tahun dan syarikat ini memiliki salah satu germplasma tisu kayu jati terbesar dan terkaya di dunia.

Pengiktirafan pencapaian syarikat yang menguntungkan terhadap perhutanan klon spesies kayu bernilai tinggi ini dibuktikan dengan pengiktirafan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) serta pelabur atau pembeli yang berminat dengan pembangunan perladangan kayu jati dari negara-negara di Afrika, Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik.

Untuk mengekalkan operasinya tanpa terlalu bergantung kepada satu aktiviti perniagaan, YSG Bioscape telah memulakan pengkulturan tisu beberapa jenis orkid serta tanaman kontan yang mempunyai kepentingan dari segi ekonomi seperti pisang dan nanas atau berdasarkan permintaan pasaran. Syarikat ini juga menjalankan pengkulturan tisu spesies untuk pihak ketiga sebagai salah satu aktiviti perniagaannya.

Dalam aktiviti landskap, syarikat ini terlibat dalam pembekalan tumbuhan hiasan yang berkualiti untuk dijual dan disewa, penyediaan perkhidmatan seperti landskap untuk rumah persendirian dan tapak komersial, dan hiasan tempat untuk acara rasmi.

Nurseri pameran landskap baru yang terletak di sekitar pejabat dan makmal direka untuk menjadi premis bagi penjualan tumbuhan serta bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana santai taman yang berkeluasan setengah hektar ini.

Ia juga menyediakan bahan-bahan tanaman berkualiti tinggi untuk penyewaan bagi acara sosial dan rekreasi dan dibuka kepada orang ramai pada waktu pejabat.

Penambahan terbaru kepada aktiviti perniagaan syarikat ini ialah Pusat Aquascape, yang sebelum ini dikenali sebagai Green Connection. Bersebelahan dengan kawasan pameran nurseri, pusat ini merupakan taman akuarium dan taman edu-botani yang mempamerkan pelbagai ikan air tawar tropika yang dikelilingi oleh taman-taman bertema untuk pengalaman pendidikan yang menyeronokkan.

Aktiviti

Sosial

  • Aktiviti Zon
  • Pembangunan Kapasiti
  • Pendidikan
  • Perkembangan Kanak-Kanak
  • Kolej Teknikal Yayasan Sabah
  • University College Sabah Foundation
  • Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens
  • Penyelidikan Program-program Sosioekonomi
  • Galeri Tun Mustapha
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Komersial

  • Innoprise Corporation Sdn. Bhd.
  • Pelancongan
  • MICE
  • Perladangan
  • Perhutanan
  • Bioteknologi dan Hortikultur
  • Perikanan
  • Pembangunan Hartanah
  • Minyak, Gas & Tenaga
  • Pengangkutan
  • Perkilangan
  • Syarikat Luar Negara

Tanggungjawab Sosial Korporat

  • Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar
Hubungi Kami

+(60) 88 326300
+(60) 88 326424
ysinfo@ysnet.org.my
Menara Tun Mustapha
Kompleks Ibu Pejabat Yayasan Sabah
Teluk Likas
Peti Surat 11623
88817 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA